Kehadiran Tahun Baru Cina bawa tuah buat Datuk Lee Chong Wei apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selesai dengan siasatan kes doping membabitkan dirinya.

Hasil siasatan akan dibentangkan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh terdekat.

BAM kini hanya menanti maklumbalas daripada BWF untuk mendapatkan tarikh dan tempat bagi sesi pendengaran yang sudah tertangguh hampir tiga bulan.

BWF sebelum ini menawarkan tarikh 8 Disember kepada BAM, namun badan induk badminton negara itu ambil keputusan untuk melanjutkan siasatan bagi mengukuhkan kes Chong Wei.

Chong wei turut menegaskan dia berpuas hati dengan segala aspek siasatan skandal doping dia yang diketuai peguamnya Mike Morgan.

Dikhabarkan sesi pendengaran kes Chong Wei akan dilaksanakan pada minggu pertama Mac.

Jika dikenanakan hukuman ringan atau sekadar amaran, Chong Wei boleh kembali beraksi pada bulan April.