Tempoh kira-kira dua bulan setengah adalah memadai untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan pemilihan pemain yang akan membawa cabaran negara ke Piala Thomas dan Piala Uber.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata pihaknya mempunyai masa sehingga pertengahan Julai ini untuk menyenaraikan barisan pemain berpotensi ke kedua-dua kejohanan itu.
"Bulan Jun hanya untuk kita menyatakan sama ada kita setuju untuk menyertai kejohanan itu ataupun tidak. Sebenarnya, pendaftaran pemain kalau tidak silap saya pertengahan bulan Julai nanti.
Kalau kejohanan diadakan pada bulan Oktober ini. Saya rasa banyak masa untuk pemain buat persediaan, mencukupi dan memadai," katanya kepada media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini pada Ahad.
Semalam , Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan akan mengemukakan permohonan khas kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan skuad badminton negara memulakan latihan persediaan program 'Road To Tokyo' (RTT) seawal 1 Jun ini.
Jika permohonan itu diluluskan, maka fasa kedua latihan yang dijadualkan bermula pada 15 Jun, akan melibatkan pemain yang akan dipilih ke kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark yang berlangsung dari 3 hingga 11 Okt.
Dalam perkembangan lain, Kenny enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa BAM akan mendapatkan semula khidmat jurulatih badminton dari Indonesia, Rexy Mainaky, yang kini membimbing pasukan kebangsaan Thailand.
"Berita ura-ura ini susah hendak komen, Kami lebih suka untuk komen perkara yang ada kepastian. Tambah pula saya difahamkan Persatuan Badminton Thailand masih mahu lanjutkan kontrak beliau tahun depan," katanya.
Rexy adalah individu yang bertanggungjawab membawa kejayaan buat beregu badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meraih pingat emas pada Sukan Asia Doha 2006.
Bagaimanapun, Rexy mengambil keputusan meninggalkan BAM pada 2012 selepas tujuh tahun bersama badan induk badminton negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020
BAM mempunyai masa sehingga pertengahan Julai ini untuk menyenaraikan barisan pemain berpotensi ke kedua-dua kejohanan itu.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.