PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, memuji Paul Pogba selepas pemain tengah itu tampil cemerlang selepas kembali daripada kecederaan.
Pemain antarabangsa Perancis itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan hamstring pada September lalu tetapi dia tidak menunjukkan tanda-tanda 'berkarat' dalam kemenangan 4-1 United ke atas Newcastle United di Old Trafford, awal pagi tadi.
Pogba membuat bantuan gol untuk Anthony Martial menyamakan kedudukan 1-1, sebelum menjaringkan gol ketiga pasukannya bagi membantu United meraih tempat kedua dalam Liga Perdana.
Mourinho -- yang mendedahkan bahawa dia membenarkan Pogba membuat keputusan berapa minit mahu bermain -- berasakan pemain berusia 24 tahun itu membuat perbezaan yang jelas terutama dalam bahagian serangan.
"Pogba berada dalam kelas yang berbeza. Ia adalah apa yang kami miliki pada awal musim, Pogba dan (Nemanja) Matic, berkembang bersama dan menjadi seperti enjin pasukan," kata pengurus Portugis itu kepada BT Sport.
"Mereka mempunyai kualiti yang berbeza. Saya membenarkan Pogba membuat keputusan berapa lama dia mahu bermain. Kami membuat keputusan (untuk menggantikannya) pada masa yang baik -- ia merupakan persembahan yang hebat daripadanya."
Ketika Pogba digantikan oleh Marouane Fellaini pada minit ke-70, rakan sepasukan, Zlatan Ibrahimovic, juga membuat penampilan pertamanya selepas kecederaan lutut serius.
Pemain Sweden itu yang tampil daripada bangku simpanan pada minit ke-77 hampir menjaringkan gol ketika penjaga gol Newcastle, Rob Elliot, menyelamatkan voleynya.
"Kepulangan pemain nyata baik. Ia terutama kepada Zlatan yang sebelum ini mengalami kecederaan. Dapat melihatnya kembali adalah sesuatu hebat," tambah Mourinho.
Jurulatih baru Newcastle, Rafael Benitez, berasakan jaringan kedua yang membolosi gawang sejurus sebelum rehat membuatkan pasukannya sukar mendapatkan sesuatu daripada perlawanan tersebut.
Pelawat mengejutkan tuan rumah pada minit ke-14 menerusi Dwight Gayle, tetapi United mengimbangi perlawanan menerusi tandukan Martial, sebelum Chris Smalling kemudiannya menyudahkan hantaran lintang Ashley Young.
"Kami tahu bahawa penting untuk menamatkan perlawanan (separuh masa pertama) dengan seri, kami melakukannya dengan baik. Jelas, gol kedua mengangkat mereka, dan kemudian ia bertambah sukar pada separuh masa kedua," kata Benitez BT Sport.
"Ia mudah dan jelas -- apabila anda membelanjakan banyak wang kepada pemain dengan kualiti ini, ia membuat perbezaan dalam perlawanan.
"Kami tahu kekuatan dan kelemahan kami. Hari ini, kami mengendalikan perlawanan dengan baik, tetapi sebaik mereka menjaringkan gol kedua, ia sukar sama sekali."
Astro Arena
Sun Nov 19 2017
Pogba membuat bantuan gol untuk Anthony Martial menyamakan kedudukan 1-1, sebelum menjaringkan gol ketiga pasukannya. - Foto Reuters/Carl Recin
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
Slot Eropah kembali gamit Newcastle United
Kemenangan itu menjelmakan semula harapan skuad kendalian Eddie Howe apabila mendaki tangga keenam liga.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
EPL: Harvey Elliott optimis Liverpool mampu beri penamat indah buat Jurgen Klopp
Harvey Elliott, percaya Liverpool mampu untuk menamatkan kempen terakhir Jurgen Klopp dalam merebut mahkota EPL sebagai juara.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."