ROSS Barkley melengkapkan perpindahannya ke Chelsea dari Everton dengan yuran bernilai RM81 juta (15 juta pound Sterling).

Pemain tengah berusia 24 tahun itu memeterai kontrak lima tahun setengah di Stamford Bridge dan akan memakai jersi bernombor 8.

Kontrak Barkley di Goodison Park bakal tamat hujung musim ini selepas dia menolak perjanjian baru dengan the Toffees.

Ini adalah rundingan kedua dengan Chelsea selepas rundingan perpindahan pada Ogos lalu gagal direalisasikan.

"Saya teruja, saya tidak sabar untuk beraksi di Chelsea," kata Barkley yang sudah membuat 22 kali penampilan dengan pasukan Englands.

Sementara itu pengendali Chelsea, Antonio Conte sifatkan pembelian terbaru ini sebagai berbaloi.

"Dia (Barkley) adalah satu prospek yang sangat baik untuk Chelsea. Kelab membuat keputusan betul mengenai pelaburan ke atasnya," kata Conte ketika ditemui sebelum pertemuan Chelsea menentang Norwich.