Ian Iman baru berusia sembilan tahun namun sudah mampu untuk mengalahkan pesaing-pesaing yang jauh lebih senior daripadanya dalam kejohanan papan selaju peringkat kebangsaan.

Semalam, Ian mengalahkan peserta-peserta elit papan selaju dalam kejohanan sukan lasak Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya untuk memenangi gelaran senior pertamanya.

Ian disaran untuk tidak menyertai kejohanan ‘novice’ kerana dikatakan mampu bersaing dengan pemain-pemain senior di Malaysia.

Terbang Tinggi! Ian Iman, 9 tahun, melompat tinggi semasa kejohanan papan selaju Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya semalam. Gambar - Bazly / @bazly_baly

Dia mengatasi Fikri Fauzi yang merupakan juara kategori elit bagi Liga Skateboard Komuniti yang diadakan di Putrajaya September lepas, anjuran Skateboarding Development Malaysia (SDM).

Fikri, 19 tahun terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti Wan Izzat di tempat ketiga.

Bapa Ian, Nuriman Amri Abdul Manap, yang juga seorang pemain papan selaju melatih Ian sejak berusia empat tahun lagi.

Ian berlatih setiap hari di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur bersama pemain-pemain senior yang lain.

Dalam Adrenaline Fest semalam, tiga jenis sukan dipertandingkan anjuran Perbadanan Putrajaya iaitu papan selaju, mendaki tembok tiruan (Climbing) dan basikal bukit (MTB).

Berikut keputusan lain dalam kejohanan Adrenalin Fest yang diadakan semalam.

Papan Selaju Bawah 15 Tahun (Novice)
Juara - Kamal zariff
Tempat Kedua - Muhd Afiq Hakeemy
Tempat Ketiga - Fariel Azzuri

Papan Selaju Terbuka
Juara - Ian Iman
Tempat Kedua - Fikri Fauzi
Tempat Ketiga - Wan Izzat

MTB XC Master Lelaki
Juara - Tan Chee Yong
Tempat Kedua - Mohd Edham Khalid Supian
Tempat Ketiga - Asmazaidi Sanusi

MTB XC Junior Lelaki
Juara - Muhammad Aidil
Tempat Kedua - Muhammad Zahin
Tempat Ketiga - Muhammad Zakiy

MTB XC Lelaki Terbuka
Juara - Mohd Zahin
Tempat Kedua -Mohd Safari Abd Malik
Tempat Ketiga - Mohd Arif Che Awang

Sport Climbing Lelaki Terbuka (Pertengahan)
Juara - Hafiz Bin Azmi
Tempat Kedua - Mohamad Ridzuan Mat Hussin
Tempat Ketiga - Muhammad Abdul Haq Mansor

Sport Climbing Wanita Terbuka (Pertengahan)
Juara - Syairah Mutalip
Tempat Kedua - Nurul Atikah Bt Zainal Abidin
Tempat Ketiga - Nor Farhana Ali

Sport Climbing Lelaki Terbuka (14-17 tahun)
Juara - Adam Shiew Jun Rong
Tempat Kedua - Dzukram Alzam Mohd Zamri
Tempat Ketiga - Izuddin Mohd Ismail

Sport Climbing Wanita Terbuka (14-17 tahun)
Juara - Farah Norazalia Bt Ahmad Fikhurazzi
Tempat Kedua - Nurin Alia Norhisham
Tempat Ketiga - Farahiyah Ahmad Fikhurazzi

Sport Climbing Lelaki Bawah 13 Tahun
Juara - Dzuhair Alzam Mohd Azri
Tempat Kedua - Jimmy
Tempat Ketiga - Saw Wen Khye

Sport Climbing Wanita Bawah 13 Tahun
Juara - Hurin Zafirah Mohd Hanis
Tempat Kedua - Hani Husna Nur Hanis
Tempat Ketiga - Rabia hanim Bt Andri Iskandar

Saksikan tembual Ian bersama ayahnya dalam Fit Awani di bawah.