BAHARU berusia 7 tahun, Rudolph Ingram, kini telah tersebar dengan kepantasannya yang dijangkakan mampu menggantikan lelaki terpantas dunia, Usain Bolt.

Kesungguhan ditampilkan Rudolph atau Blaze ini dapat dilihat setelah berjaya mencipta rekod larian peribadinya dengan catatan masa 13.48 saat pada larian 100 meter.

Manakala Usain Bolt memegang rekod 9.58 saat.

Blaze menjadi tumpuan ramai setelah bapanya telah memasukkan satu video di instagramnya yang menunjukkan aksi anak lelakinya itu berlari semasa pertandingan dan berjaya meninggalkan jauh pencabarnya.

Bintang 100 meter, telah mempunyai 493,000 pengikut di Instagram (IG).

Menerusi laporan Runners World, dalam temu bual dengan berita ABC, bapa Ingram, Rudolph Ingram Senior berkata, anaknya mula cenderung berlari ketika beruia empat tahun ketika dia mula berlari, apabila mendapat ilham dari sukan Olimpik.

Bapanya menerangkan Ingram sebagai seorang yang rendah diri dan berdaya saing.

"Ini anak saya, saya terlalu bangga dengannya, dia membuat saya bangga. Saya tidak suka mengatakannya, tetapi saya rasa dia adalah satu daripada satu juta kanak-kanak.

"Saya tidak suka mengatakannya kerana dia anak saya tetapi saya pasti berasa dia melakukan perkara-perkara hebat," kata Rudolph Ingram Senior.

Walaupun pada masa ini pelari berusia tujuh tahun itu berkata matlamatnya adalah untuk bermain bola sepak Amerika, kami akan menontonnya di landasan masa depan.