Pelumba basikal negara, Mohamed Harrif Salleh berjaya merangkul emas dalam acara criterium yang berlangsung di Dataran Putrajaya, sebentar tadi.

Saingan Criterium yang menyaksikan atlet lumba basikal melakukan sembilan pusingan litar sejauh lima kilometer.

Pelumba Terengganu Pro Asia Cycling itu berjaya menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 59'35 minit. Malaysia turut dihadiahkan pingat gangsa menerusi Mohd Zamri Salleh.

Sementara itu, pelumba wanita negara, Jupha Som Net meraih pingat perak apabila gagal untuk memintas Thi That Nguyen dari Vietnam di garisan penamat.