Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria meminta agar beliau dan Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid diberi ruang secukupnya dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung 'gentlemen's agreement' untuk jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Timbalan Presiden BAM itu memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Mohamed Al-Amin yang merupakan Pemangku Presiden BAM, berhubung isu berkenaan sebelum mesyuarat agung tahunan BAM yang dijangka diadakan akhir bulan ini.
"Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan lagi dan sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, bagi tempoh kepada saya dan Al-Amin untuk mencari penyelesaian (terbaik)," katanya.
Mohamad Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Anggota Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM, di sini pada Selasa.
Bernama sebelum ini, melaporkan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berehat daripada memegang jawatan Presiden BAM sejak Oktober 2015, membuat perjanjian dengan dua pemimpin tertinggi persatuan berkenaan.
Menurut perjanjian itu, Mohamed Al-Amin yang juga Timbalan Presiden BAM akan memangku jawatan presiden sehingga tamat Sukan Olimpik Rio 2016 atau berakhir penggal jawatankuasa sedia ada, dan perlu memberi laluan kepada Mohamad Norza.
Bagaimanapun, Mohamed Al-Amin yang turut berminat menduduki kerusi nombor satu BAM itu, menafikan beliau terbabit dengan perjanjian berkenaan.
Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata badan induk itu akan mengadakan pertemuan dengan Amelia Alicia Anscelly dalam tempoh terdekat susulan tindakan pemain beregu wanita itu memutuskan untuk keluar daripada naungan BAM menerusi satu kiriman surat, Ahad lepas.
Amelia, 28, dilaporkan berbuat demikian kerana dikatakan kecewa dengan keputusan jurulatih beregu negara yang kerap menukar pasangannya sehingga menjejaskan prestasi beliau dalam beberapa kejohanan sebelum ini.
"Saya sudah menerima salinan surat berkenaan daripada Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen semalam, dan Amelia dalam suratnya menyatakan beliau mahu meneruskan karier di luar (BAM).
"Saya sudah beritahu Frost, kita akan bawa isu ini dalam mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan BAM akan datang dan saya akan menghubungi Amelia, apa masalah beliau sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut," tegas Mohamad Norza sambil memaklumkan BAM belum bersedia melepaskan Amelia buat masa ini.
Sementara itu, Mohamad Norza memberi amaran kepada pemain muda negara terutama dalam acara perseorangan untuk memperbaiki prestasi pada Terbuka Singapura yang bermula hari ini atau berdepan tindakan tegas daripada BAM.
Beliau berkata kemerosotan prestasi ditampilkan pemain muda negara pada Siri Super Premier Terbuka Malaysia yang berakhir di Kuching, Ahad lepas, perlu segera diatasi kerana mereka bakal menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini terutamanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas masing-masing tewas kepada pasangan Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dan wakil Hong Kong, Or Chin Chung-Tan Chun Man.
"Harapan tinggi peminat di Sarawak yang telah mencetuskan fenomena badminton tidak dibalas setimpal oleh pemain dan saya amat kecewa. Mereka sebagai pemain profesional harus kembali mencari kemenangan terutamanya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
Mohamad Norza memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Mohamed Al-Amin yang merupakan Pemangku Presiden BAM, berhubung isu berkenaan sebelum mesyuarat agung tahunan BAM yang dijangka diadakan akhir bulan ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.