Bekas pemain badminton Indonesia Taufik Hidayat mengakui telah menjadi 'orang tengah' dalam kes rasuah membabitkan bekas Menteri Sukan dan Belia negara itu, Imam Nahrawi, yang pernah berkhidmat dari 2014 ke 2019.
Memetik laporan Antara News, bintang badminton yang pernah meraih pingat emas pada Olimpik 2004 di Athens itu membuat pengakuan berkenaan ketika memberikan keterangan di mahkamah di sini pada Rabu.
Imam dituduh oleh Pendakwa raya Pesuruhjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia atas kesalahan menerima wang rasuah bernilai Rp11.5 bilion (RM3 juta) serta pemberian dalam bentuk lain bernilai Rp8.6 billion (RM2.5 juta) daripada pegawai-pegawai pelbagai kementerian dan Majlis Sukan Indonesia (KONI).
Dalam keterangannya Taufik berkata dia membantu menyampaikan Rp1 bilion (RM290,000) kepada pembantu peribadi menteri itu, Miftahul Ulum pada Januari 2018.
“Saya diminta untuk membantu menerusi panggilan telefon. Saya setuju, namun saya tidak memberitahu kepada Pak Imam bahawa saya telah memberi wang tersebut kepada Ulum,” kata Taufik di mahkamah.
Menurut dakwaan KPK, wang rasuah tersebut adalah daripada Tommy Suhartanto, Pengarah Perancangan dan bajet Satlak Prima, sebuah program sukan buat atlet elit yang dibubarkan pada 2018.
Tommy didakwa meminta seorang pegawai Satlak Prima, Edward Taufan Pandjaitan untuk menyediakan wang tersebut.
Edward kemudian memberi wang tersebut kepada pembantu pengarah kewangan Satlak Prima, Reiki Mamesah, yang kemudiannya memberi wang itu kepada Taufik yang merangkul jawatan Timbalan Pengerusi program itu pada 2016-2017.
Kemudian, wang itu diserahkan kepada Miftahul di rumah Taufik di Jakarta Selatan.
Wang itu dipercayai bagi mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran wang peruntukan dari kementerian terbabit.
Sebelum persaraannya pada 2013, Taufik meraih 16 pingat emas sepanjang kariernya, termasuk di Olimpik pada 2004 di Athens dan Kejohanan Badminton Dunia pada 2005 di Anaheim.
Agensi
Sun May 10 2020
Bekas pemain badminton itu akui menjadi orang tengah dalam kes rasuah membabitkan bekas menteri sukan dan belia Imam Nahrawi. Foto - REUTERS.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.