Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah-19 (B-19) negara, Bojan Hodak berharap anak buahnya dapat mencatat keputusan positif dalam tiga aksi persahabatan di Bangkok, Thailand, bermula esok.
Beliau berkata perlawanan pemanas badan itu penting bagi mengukur kemampuan pasukannya sebelum bersaing pada Kejohanan B-19 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018, yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 15 Julai di Indonesia.
"Kemenangan dalam kesemua perlawanan itu penting kerana boleh memberi motivasi kepada pemain untuk menampilkan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.
"Setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa, kita sentiasa menekankan mentaliti untuk menang," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Bangkok, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Jurulatih kelahiran Croatia berusia 47 tahun itu berkata selain mengharapkan kemenangan pada setiap aksi persahabatan tersebut, beliau juga berharap pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan berkenaan.
"Saya juga belum memutuskan pemain mana bakal dipilih sebagai ketua pasukan, namun saya melihat tiga pemain mampu menggalas peranan tersebut iaitu Azhar Apandi, Ammar Akhmal Alias dan Hadi Fayyadh Abdul Razak," kata Hodak.
Malaysia akan berdepan skuad B-19 Thailand pada 30 Mei, diikuti perlawanan kedua menentang Assumption United pada 2 Jun.
Kedua-dua perlawanan tersebut dijadual berlangsung di Stadium SCG Muangthong.
Skuad remaja negara akan meneruskan aksi persahabatan bertemu Chonburi FC pada 4 Jun di Stadium Chonburi, sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 5 Jun.
Dalam saingan pusingan akhir Kejohanan B-19 AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Kemboja, Brunei, Timor Leste dan Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
HODAK: Kita sentiasa menekankan mentaliti untuk menang. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Bagaimana data PADU akan menambah baik penggubalan dasar?
Memahami keperluan untuk daftar PADU.
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
Dr. Hadhrami Bin Ab Ghani, Timbalan Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran UMK
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Mungkin pegawai polis senior lindungi kegiatan haram
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya tidak menafikan pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bojan Hodak harap keputusan positif di Bangkok
Ketua jurulatih B-19 negara, Bojan Hodak berkata emenangan dalam kesemua perlawanan itu penting kerana boleh memberi motivasi kepada pemain.