Semua pasukan dan kelab Liga Malaysia (Liga M) kini boleh menarik nafas lega selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi kebenaran untuk semua sukan berpasukan dan sukan tempur memulakan latihan bermula 15 Jun ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata semua sukan itu dibenarkan berlatih tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter.
Bagaimanapun, beliau menegaskan sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan bola jaring serta sukan tempur seperti karate, taekwondo dan silat masih tidak dibenarkan dimainkan secara 'match play'.
"Ini secara langsung memberi kebenaran kepada pasukan bola kebangsaan dan pasukan negeri atau kelab di bawah MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan akademi lain yang berdaftar untuk memulakan latihan secara tidak bersentuhan badan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Am Individu dan SOP Pengurusan yang ditetapkan.
"Ia merupakan langkah permulaan sepertimana di negara luar, Liga Bola Sepak Inggeris yang telah memulakan fasa pertama dengan latihan tanpa sentuhan. Namun, kita guna SOP sendiri dengan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya pada sidang media di Menara KBS, hari ini.
Bagaimanapun, katanya jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu melaksanakan latihan penuh yang melibatkan sentuhan, FAM perlu membuat permohonan kepada MKN.
Katanya, latihan itu akan menggunakan pendekatan konsep program 'Road to Tokyo' iaitu 'quarantine based' bagi menjamin keselamatan atlet, jurulatih serta pegawai bertugas.
"Sebelum ini FAM datang untuk mohon mulakan liga. Tapi untuk latihan mungkin kita boleh kemuka permohonan ke MKN dari semasa ke semasa untuk latihan kemahiran penuh. Boleh dapat kelulusan itu jika ikut SOP ketat seperti program RTT," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang antara lain memberi lampu hijau dan ruang untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan SOP akan ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata sukan permotoran masih tidak dibenarkan untuk menganjur kejohanan dan pertandingan bagi mengelakkan daripada himpunan orang ramai namun 'track day' bagi sukan permotoran dua roda dan empat roda dibenarkan untuk pengujian kenderaan.
Namun, beliau berpendapat sukan permotoran boleh dibuka semula kerana sukan berkenaan tidak melibatkan kontak rapat.
Sementara itu, Reezal Merican berkata KBS akan mengumumkan pemberian dana kepada persatuan sukan kebangsaan yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya tahu persatuan sukan terkesan teruk dalam tempoh ini. Saya akan buat pengumuman pemberian dana bagi membolehkan mereka melakukan beberapa perkara untuk meneruskan aktiviti sukan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu umum jumlah lagi.
"Dalam masa sama saya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk pemberian dana kepada sukan permotoran juga," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengingatkan persatuan sukan para kebangsaan bahawa segala aktiviti sukan masih tertakluk kepada SOP walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk sektor sukan dan rekreasi dibuka semula bermula 15 Jun ini.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pasukan yang ingin kembali menjalani latihan berkumpulan dan bersentuhan perlu menyediakan garis panduan untuk dikemukakan permohonan kepada MKN menerusi KBS.
Pada masa yang sama, MPM juga bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak memberi kebenaran kepada beberapa sukan berpasukan yang amat berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan atlet.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan bola jaring serta sukan tempur seperti karate, taekwondo dan silat masih tidak dibenarkan dimainkan secara 'match play'. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Bola sepak boleh mula latihan tanpa sentuhan 15 Jun ini
Semua sukan itu dibenarkan berlatih tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter.