LEICESTER City perlu terus fokus di peringkat akhir pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (BPL), tatkala Arsene Wenger masih memiliki keyakinan Arsenal mampu mencabar gelaran juara.

Pengurus Leicester, Claudio Ranieri memberi amaran itu selepas menyaksikan anak buahnya meraih kemenangan tipis menerusi jaringan tunggal Riyadh Mahrez ke atas Crystal Palace pada Sabtu, untuk mengukuhkan kedudukan Leicester di puncak liga dengan kelebihan lapan mata menjelang jadual perlawanan antarabangsa.

Ranieri menuntut barisan pemainnya agar terus fokus sehingga penghujung musim bagi mempersiapkan diri menghadapi perkara-perkara yang tidak terduga.

"Kami perlu fokus kerana ia perlawanan penting buat kami. Kini terpulang kepada pasukan lain melakukan sesuatu.

"Kami perlu bertenang kerana BPL adalah sama setiap perlawanan, anda tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Kami perlu terus mempamerkan semangat juang tinggi kerana Liga Juara-Juara begitu hampir dengan kami, mungkin dalam dua perlawanan lagi baru saya boleh memperkatakan sesuatu," katanya.

Arsenal menghidupkan peluang mereka dengan memungut tiga mata dengan menjinakkan Everton 2-0 di Goodison Park, keputusan yang memberi sedikit kelegaan buat Wenger ekoran dikritik hebat kebelakangan ini.

The Gunners kini di belakang pasukan tempat kedua, Tottenham Hotspur yang kurang bermain satu perlawanan dengan perbezaan tiga mata.

"Kami masih dalam pemburuan gelaran dan secara matematiknya, kami mahu setiap penyokong memberi sokongan. Kami sedia berjuang.

"Mengapa ia menjadi persaingan antara dua pasukan sedangkan satu lagi pasukan (Tottenham) hanya mendahului dengan tiga mata?

"Ayuh tumpukan kepada permainan kami dan selepas itu kita lihat dimanakah kami akan berakhir," jelas Wenger.

Keputusan lain

Chelsea 2 West Ham United 2

Watford 1 Stoke City 2

West Bromvich Albion 0 Norwich City 1

Swansea City 1 Aston Villa 0