Berita  |  Sukan

Brazil mara ke suku akhir, penalti hampakan Chile

Brazil mara ke suku akhir, penalti hampakan Chile
Brazil menang menerusi sepakan penalti
BELO HORIZONTE: Brazil berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2014 setelah menewaskan Chile dalam satu perlawanan yang amat mendebarkan di Stadium Mineirao malam tadi.

Pasukan samba itu mengalahkan Chile melalui sepakan penalti, 3-2 setelah seri 1-1 pada masa penuh perlawanan serta masa tambahan.

Neymar, David Luiz dan Marcelo masing-masing menjaringkan gol untuk Brazil dalam sepakan penalti tersebut, sementara penjaga gol, Julio Cesar berjaya menghalang dua gol dari membolosi jaring.

Stadium menjadi riuh dengan sorakan penyokong-penyokong Brazil apabila sepakan penalti terakhir Chile oleh pemain mereka, Jara terkena palang, seterusnya memberikan kemenangan kepada Brazil.

Chile's Marcelo Diaz, left, and Jorge Valdivia are greeted by Brazil's Thiago Silva  and Luiz Gustavo, right, after a penalty  shoot out at the end of the World Cup round of 16 soccer match between Brazil and Chile at the Mineirao Stadium in Belo Horizonte, Brazil, Saturday, June 28, 2014. Brazil won the match 3-2 on penalties after the match ended 1-1. (AP Photo/Martin Meissner)
Seperti dijangka, perlawanan agak sengit dengan kedua-dua pasuka saling membalas serangan.

Bagaimanapun pada minit ke-18, Brazil berjaya mendahului permainan menerusi jaringan David Luiz.

Jaringan Luiz disempurkan hasil dari sepakan sudut Neymar. Namun, ulang tayang menunjukkan bola itu disentuh oleh Jara sebelum masuk ke dalam jaring.

Namun pada minit ke-32, Chile menyamakan kedudukan melalui jaringan Alexis Sanchez.

Jaringan Sanchez dari jarak dekat itu hanya mampu dilihat oleh Cesar yang ternyata tewas dengan sepakan ke arah sudut kiri itu.

Brazil's Luiz Gustavo and Chile's Mauricio Pinilla go for a header during the World Cup round of 16 soccer match between Brazil and Chile at the Mineirao Stadium in Belo Horizonte, Brazil, Saturday, June 28, 2014. (AP Photo/Frank Augstein)

Pada minit ke-55 pula, apa yang nampak seperti gol oleh pemain Brazil, Hulk telah dibatalkan selepas dia didakwa menggunakan lengan. Hulk turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Brazil terus mendominasi permainan pada separuh masa kedua dan masa tambahan, sementara Chile terus memberikan saingan sengit kepada pasukan tuan rumah itu.

Permainan berakhir dengan keputusan 1-1 sebelum disudahi dengan sepakan penalti yang mengubah kedudukan menjadi Brazil 1-1 (3-2) Chile.

Brazil akan menentang Colombia pada perlawanan suku akhir nanti.


PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: Julio Cesar (Brazil)