EMPAT tahun lalu, Stadium Mineirao menjadi saksi kepada kekalahan yang masih menghantui skuad Brazil, apabila dibelasah 7-1 oleh skuad Jerman pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia, di laman sendiri.
Kejadian itu masih menghantui skuad Brazil dan perkara itu diakui sendiri jurulatih skuad Brazil, Tite.
Awal pagi esok, skuad Brazil akan cuba menebus kekalahan itu dalam satu perlawanan persahabatan dengan Jerman di Berlin, iaitu pertemuan pertama sejak kekalahan yang memalukan itu.
Tite menganggap perkara tersebut terus menghantui mereka dan ia satu yang tidak dapat dinafikan.
“Selagi orang masih bercakap mengenai perkara itu, ia akan terus menghantui kami. Lagi banyak percakapan mengenai perkara itu, ‘hantu’ itu tidak akan hilang,” kata Tite kepada majalah bola sepak berbahasa Jerman, Kicker.
Jerman yang masih dibimbing Joachim Low yang menjuarai Piala Dunia pada 2014 dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan persabahatan ini.
Skuad bimbingan Low itu memenangi kesemua sepuluh perlawanan kelayakan kumpulan C untuk muncul juara kumpulan, manakala Brazil di bawah Tite turut cemerlang dalam peringkat kelayakan, dengan menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia Rusia 2018 selaku juara.
Faktor bermain di tempat sendiri dan kelebihan dari aspek psikologi memihak kepada Jerman.
Bagaimanapun, Low memberitahu tidak akan membariskan skuad terkuatnya menentang Brazil dan akan memberi peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi awal pagi esok.
Bagaimana Jerman membelasah Brazil pada 2014?
Dalam perlawanan itu, Jerman hanya memerlukan 29 minit untuk mendahului tuan rumah dengan jaringan 5-0.
Thomas Muller menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11 sebelum Miroslav Klose muncul penjaring terbanyak dalam Piala Dunia dengan menjaringkan gol kedua Jerman.
Klose kini memegang rekod penjaring gol terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol daripada 24 permainan.
Toni Kroos pula menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dalam tempoh dua minit pada minit ke-22 dan 26 sebelum Sami Khedira menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-29.
Andre Schurlle yang masuk sebagai pemain gantian menambah dua lagi gol untuk Jerman dalam babak kedua sebelum Oscar mendapatkan gol saguhati untuk Brazil.
Anak buah Low kemudian memastikan Jerman muncul juara Piala Dunia pada 2014 di bumi Brazil dengan menewaskan Argentina 1-0 di perlawanan akhir.
Dalam perlawanan itu, Brazil dikendali Luis Felipe Scolari yang berjaya membimbing skuad Samba itu memenangi Piala Dunia pada 2002.
Astro Awani
Tue Mar 27 2018
Brazil masih dihantui kekalahan 7-1 kepada Jerman di laman sendiri, empat tahun lalu, kata jurulatih Brazil, Tite. - Foto AP.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Brazil masih dihantui kekalahan 7-1 kepada Jerman
Jurulatih Brazil, Tite mengakui peristiwa kekalahan yang memalukan itu masih menghantui skuadnya.