Pemenang pingat emas badminton Olimpik, Carolina Marin tetap akan memberikan persembahan terbaiknya dalam Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2018 yang bermula Selasa depan, biarpun tumpuan sebenarnya di Kejohanan Dunia.
Pemain Sepanyol berusia 24 tahun itu berkata Kejohanan Dunia di China bulan depan adalah matlamat utamanya dan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil adalah platform terbaik buat beliau menguji prestasi permainannya.
"Persedian saya adalah baik tetapi matlamat utama saya ialah Kejohanan Dunia. Persembahan terbaik saya akan ditunjukkan di sana dan sekarang persembahan saya adalah baik tetapi bukan terbaik.
"Jadi, saya hanya mahu melakukan yang terbaik, malah kurang dari seminggu kemudian saya akan beraksi di Terbuka Indonesia tetapi saya perlu bersabar dan menumpukan kepada apa yang saya lakukan dalam latihan," kata beliau kepada pemberita di Pengaktifan Pertama LaLiga di Malaysia, di sini pada Jumaat.
Diletakkan sebagai pilihan keenam, Marin akan berhadapan Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia dalam pusingan pertama kejohanan ini.
Sementara itu, Marin yang memenangi dua gelaran Kejohanan Dunia pada 2014 dan 2015, yakin La Liga akan memberikan impak positif kepada senario bola sepak Malaysia.
"LaLIga adalah liga yang paling dikenali di dunia dan saya gembira diberi penghormatan untuk mewakili liga bola sepak Sepanyol di negara yang menakjubkan ini.
Saya benar-benar menghargai segala usaha yang lakukan di sini dan amat penting untuk kami mempromosikan nilai teras (LaLiga) semangat berpasukan, kepimpinan, tanggungjawab dan perasaan hormat," katanya.
Sementara itu, Wakil LaLIga Global Network Giorgio Pompili Rossi berkata terdapat minat yang besar terhadap La Liga di Asia.
"Malaysia ialah sebuah negara yang terkenal dengan peminat bola sepaknya yang penuh bersemangat, menjadikan ia pasaran yang sesuai untuk LaLiga. Kami teruja menyambut jenama ini di dalam negara yang rakyatnya hidup dan bernafas dengan bola sepak," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018
Marin yang memenangi dua gelaran Kejohanan Dunia pada 2014 dan 2015, yakin La Liga akan memberikan impak positif kepada senario bola sepak Malaysia. - Foto Reuters/Russell Cheyne
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Terbuka Malaysia: BAM pertimbang kehadiran penonton
BAM sedang menunggu lampu hijau daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan cadangan berkenaan.
Masters Malaysia: Adik tewaskan abang
Aaron-Wooi Yik menyingkirkan senior mereka V Shem-Wee Kiong seawal pusingan pertama dengan keputusan 21-19, 21-18 menerusi aksi yang lebih baik dan kurang melakukan kesilapan.
Pertama kali jejak kaki ke Malaysia, Shawn Mendes berjaya pukau peminat
Tiket yang mula dijual sejak April lalu telah habis dalam tempoh masa beberapa hari sahaja.
Saya bertuah Siti Hasmah sentiasa di sisi - Tun Mahathir
Dr Mahathir juga berkata beliau tidak tahu bagaimana Siti Hasmah boleh bertahan dengannya selama 63 tahun.
Carolina Marin sasar Kejohanan Dunia
Pemain Sepanyol berusia 24 tahun itu berkata pertandingan Terbuka Malaysia adalah platform terbaik menguji prestasi permainannya.
Amy tebus kesilapan, raih pingat gangsa
Gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng bangkit menebus kekecewaan semalam, dengan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018, yang berakhir hari ini.