BOS Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, mengakui sukar untuk menafikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Chelsea jika skuad itu menang dua perlawanan akan datang.
Pendahulu liga itu akan berkunjung ke Anfield awal pagi nanti untuk bertemu skuad di tangga keempat, Liverpool, sebelum melayan pesaing terdekatnya, Arsenal, di Stamford Bridge, Sabtu ini.
Sekiranya skuad Antonio Conte berjaya mengambil mata maksimum dalam kedua-dua perlawanan itu, Pochettino bimbang perebutan kejuaraan mungkin berakhir.
"Jika mereka menang kedua-dua perlawanan itu ia akan menjadi sukar untuk menghalang mereka," kata Pochettino.
"Kami perlu memberi tumpuan kepada permainan kami. Perkara yang paling penting adalah untuk mendapatkan tiga mata. Dan sudah tentu kami juga boleh merapatkan jurang dengan Chelsea."
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Argentina itu mahu pemainnya terus memberi tumpuan kepada pertemuan mereka menentang Sunderland esok (awal pagi ini) dan Middlesbrough, lima hari kemudian.
Pochettino berkata: "Jika kami menang ke atas Sunderland dan Middlesbrough kami kekal dengan jurang yang sama.
"Kami perlu berasakan bahawa tiga mata begitu penting untuk mereka dan juga untuk kami. Ini adalah permainan yang sangat penting."
Pochettino membuat banyak perubahan ke atas pasukannya ketika beraksi dalam pusingan keempat Piala FA menentang Wycombe Wanderers, Sabtu lalu, dan meraih kemenangan dramtik 4-3 selepas Son Heung-min menjaringkan gol pada minit ke-97.
Dengan Tottenham mencabar kejuaraan EPL dan juga Liga Europa, pengurus itu akan mengekalkan dasar pemilihan pemainnya.
"Saya perlu bijak bagaimana untuk bersaing. Sudah tentu, saya mahu memenangi beberapa pertandingan tetapi ia sukar untuk memenangi tiga kejohanan -- Liga Europa, EPL dan Piala FA -- dan kami perlu menguruskannya," kata Pochettino.
"Akan datang, kami mempunyai tujuh perlawanan dalam 27 hari. Ia kurang daripada empat hari untuk pulih (jarak perlawanan). Ia adalah keadaan yang amat sukar.
"Kami akan cuba untuk menguruskan tiga pertandingan itu dan cuba untuk berjaya dalam tiga, atau dua, atau satu."
Astro Arena
Tue Jan 31 2017
POCHETTINO: Jika mereka menang kedua-dua perlawanan itu ia akan menjadi sukar untuk menghalang mereka. - Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Dua minggu lalu, Richarlison secara terbuka mempersoalkan mengenai minit permainannya yang terhad di sebalik prestasi buruk kelab itu.
EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte
Conte meninggalkan Spurs hujung minggu lalu selepas seminggu yang penuh spekulasi mengenai masa depannya.
Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
Antonio Conte mengosongkan jawatannya di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain.
Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
Ibrahimovic mempertahankan jurulatih yang memenangi pelbagai gelaran itu kerana menyatakan fikirannya di khalayak ramai.
Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Pengerusi kelab, Daniel Levy sedang pertimbang pecat pengurus Tottenham Hotspurs itu susulan kelancangannya mengkritik pemainnya.
Tottenham perlu berbelanja demi ulangi keajaiban, kata Conte
Percubaan Spurs untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas sekali lagi kian goyah.
Mustahil 12 bintang Piala Dunia Tottenham dapat cukup rehat - Conte
Spurs akan beraksi menentang Brentford pada Boxing Day, selang lapan hari selepas pemain mereka berjuang dalam final Piala Dunia.
Conte akur mustahil Son Heung-min kembali sebelum Piala Dunia Qatar
Susulan pembedahan akibat keretakan di sekitar mata kiri, Conte mengesahkan Son tidak akan mengambil bahagian dalam masa terdekat.
EPL: Conte bangga dengan cara Tottenham tewaskan Everton
Kecederaan yang dialami Richarlison menyaksikan Yves Bissouma dibawa masuk dan Spurs mengubah corak permainan mereka, membenam Everton.
'Tottenham, tolonglah kekal fokus'
Tottenham terus memperkukuh kedudukan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.