SETELAH menandatangani Ramires dan Alex Teixeira, pasukan Jiangsu Suning dari China hampir menyempurnakan hatrik menandatangani tiga pemain Brazil tetapi tawaran GBP58 juta (RM350 juta) buat perancang Chelsea, Oscar gagal pada saat-saat akhir jendela perpindahan Januari.

Ejen pemain tersebut, Giuliano Bertolucci mendedahkan tawaran mega itu yang bakal menjadikan Oscar, pemain Brazil kedua terkaya dalam sejarah hanya didahului bintang Barcelona, Neymar Jr.

Giuliano turut menyatakan keruntuhan ekonomi di Rusia dan Ukraine menjadikan benua Asia sebagai destinasi utama bagi pemain yang mencari kontrak besar serta gaji lumayan.

Pada bulan Januari, pasukan Liga Super China itu mengumumkan dua perjanjian yang mengejutkan apabila Ramires dan Alex Teixeira tampil sebagai pemain terbaru mereka.

Jiangsu Suning membelanja GBP63.5 juta (RM383 juta) untuk mendapatkan kudrat dua pemain antarabangsa ini.

Bagi pengendali sementara Chelsea, Guus Hiddink, beliau menyifatkan kekuatan kuasa dari China akan menjejaskan kualiti bolasepak Eropah.

"Ia menunjukkan negara China amat serius dalam menaikkan nama dan mempertingkatkan mutu liga bolasepak negara mereka.

"Saya mempunyai beberapa rakan baik dari China jadi saya tahu mereka bukan sekadar bolos membelanja malah mahu meweujudkan sejarah baru untuk negara mereka.

"Tetapi, saya masih berpendapat bahawa kualiti bolasepak negara masing-masing bergantung pada mutu pemain muda yang bakal mewakili barisan negara dalam masa depan," kata Hiddink.