CHELSEA terus selesa selepas berjaya menjinakkan Crystal Palace 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Menerusi aksi di Stamford Bridge itu, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-32 menerusi Alvaro Morata yang juga menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada aksi sama.

Anak buah Maurizio Sarri itu kini hanya ketinggalan dua mata di belakang Manchester City dalam kedudukan liga.

Manakala Crystal Palace sekadar di kedudukan ke-14 dengan hanya lapan mata.