Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keenam tahun ini apabila layak ke final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark.
Chong Wei, selaku juara bertahan, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengalahkan pemain China, Du Penyu dengan keputusan 20-22, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan separuh akhir, Sabtu.
Menurut laman kejohanan www.badmintondenmark.com, Chong Wei, 30, akan menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China, Ahad ini.
Chen Long menempah slot final apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.
Sebelum ini, beregu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.262 juta) itu apabila kalah kepada gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam perlawanan suku akhir, Jumaat.
Bernama
Sat Oct 19 2013
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Tokyo 2020: Viktor Axelsen bukti keunggulan gondol emas nafi juara bertahan
Viktor Axelsen mengetepikan juara bertahan, Chen Long, untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan 21-15, 21-12, malam ini.
Tokyo 2020: Zii Jia mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
Tokyo 2020: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas ditewaskan pemain dari China, Chen Long dalam Pusingan 16 terbaik sebentar tadi.
Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air esok.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.
Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas menewaskan Chen Long di final Terbuka Malaysia.
China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10
China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.
BAM sedia bayar denda kepada BWF
Sebelum ini badan induk sukan itu telah menulis surat kepada BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu itu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.