Perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei sedia memberi laluan kepada pemain muda untuk beraksi pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018.
Chong Wei yang berada di ranking kedua dunia itu berkata, kejohanan sebegini boleh menjadi medan persediaan kepada pemain muda untuk meneruskan cabaran sebenar pada pusingan akhir Piala Thomas yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, pada Mei nanti.
"Saya akan berbincang dengan jurulatih dan pengurus pasukan. Mana tahu kalau-kalau jurulatih hendak bagi peluang kepada pemain muda. Mereka boleh dapat peluang berlatih untuk saingan Piala Thomas yang sebenar.
"Pada kejohanan kali ini kita juga dapat lihat peningkatan prestasi Lee Zii Jia dan Iskandar (Iskandar Zulkarnain Zainuddin) yang walaupun kalah dengan Thailand, dia bangkit ketika menentang Myanmar dan Taiwan," katanya.
Sepanjang kejohanan berlangsung, Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama negara tidak mengecewakan apabila menghadiahkan mata pertama buat pasukan negara, diikuti perseorangan kedua negara Zii Jia yang mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang kejohanan.
Selain Chong Wei dan Zii Jia, Malaysia mempunyai Iskandar Zulkarnain dan Soong Joo Vern dalam senarai pemain perseorangan pada saingan kali ini.
Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek menegaskan bahawa semangat tinggi yang dimiliki oleh barisan pemain sama ada perseorangan ataupun beregu yang membolehkan skuad negara mara ke separuh akhir, sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Thomas secara merit.
Skuad negara sebelum ini dilihat memilih laluan sukar apabila tewas dalam perlawanan pertama 2-3 ketika menentang Thailand dalam saingan kumpulan C, bagaimanapun bangkit menundukkan Myanmar dan Taiwan 5-0.
"Pada awalnya, ketika menentang Thailand, saya nampak pemain agak gugup, ada terlalu berjaga-jaga, berhati-hati tapi setelah perlawanan demi perlawanan diharungi, para pemain sudah menampakkan keyakinan dari segi permainan, semangat berpasukan dan strategi yang turut menambah kepada keinginan untuk menang dan sehingga tahap inilah mereka berada sekarang," katanya.
Katanya, kejayaan skuad negara khususnya pemain perseorangan membuktikan mereka telah berjaya menyahut cabaran dan telah diterjemahkan dalam prestasi ketika perlawanan, yang membuahkan hasil yang sebelum ini dilihat mustahil untuk skuad negara mara ke separuh akhir.
"Saya harap para pemain boleh meneruskan perjuangan hingga ke final. Yang penting, kita dapat lihat pemain tidak ada rasa berbelah bahagi. Mereka perlu hilangkan rasa itu untuk dapatkan prestasi yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
Selain Chong Wei dan Zii Jia, Malaysia mempunyai Iskandar Zulkarnain dan Soong Joo Vern dalam senarai pemain perseorangan pada saingan kali ini. - Gambar fail
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.