ANTONIO Conte menegaskan beliau mahu mengenal pasti pemain yang benar-benar mahu kekal bersama Chelsea bagi saingan musim hadapan.

Kejayaan The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh tiga musim meningkatkan spekulasi Eden Hazard, Thibaut Courtois, Diego Costa dan Cesc Fabregas bakal berpindah dari Stamford Bridge.

Costa telah ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi Liga Super China bersama Tianjin Quanjian, manakala Fabregas merupakan sasaran utama pemilik baru AC Milan.

Hazard dan Courtois berada di dalam sasaran pendahulu LaLiga, Real Madrid, dengan Chelsea dilaporkan bakal menawarkan GBP300,000 seminggu untuk kekal bersama pasukan.

Conte menyedari beliau memerlukan skuad yang besar bagi musim hadapan, dengan Chelsea kembali beraksi di Liga Juara-Juara (UCL), tetapi beliau sedia melepaskan turut bersedia kehilangan tonggak utama pasukan.

"Perkara paling utama adalah pemain-pemain yang mahu kekal bersama Chelsea," katanya.

"Musim hadapan, kami perlu mempertingkatkan mutu pasukan. Bersaing di UCL dan cuba untuk mempertahankan kejuaraan kami. Ia akan menjadi satu tugas yang sukar, tetapi kami akan cuba yang terbaik.

"Saya masih lagi memiliki kontrak yang berbaki dua tahun bersama Chelsea. Buat masa ini, Chelsea adalah keutamaan saya.

Conte gembira dengan peluang menjuarai takhta EPL buat pertama kali dalam musim pertamanya dan berakan belia mampu mencipta lebih banyak kejuaraan pada musim akan datang.

"Setiap musim dalam cabaran yang berbeza untuk menjuarai liga di England. Tiada siapa yang menjangka kami mampu melakukannya. Kami akan terus menghasilkan sesuatu pada musim hadapan."