PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo tidak menjalani latihan bersama pasukan menjelang pertemuan dengan Napoli bagi aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Ronaldo mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan ketika membantu pasukan melakar kemenangan 3-1 ke atas Osasuna dan telah meneruskan latihan berasingan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Real Madrid meneruskan persiapan bagi menghadapi perlawanan pertama berdepan Napoli," satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut.

"Ronaldo dan Fabio Coentrao juga berlatih namun secara berasingan bagi memantau keadaan mereka.

"Zinedine Zidane bakal mengendalikan latihan pertama pasukan untuk minggu ini dan memanggil pemain Real Madrid Castilla, Enzo untuk menyertai pasukan."

Masalah kecederaan Ronaldo tidak akan memaksanya untuk diketepikan daripada perlawanan yang berlangsung awal pagi Khamis di Santiago Bernabeu.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 21 gol dalam 26 penampilan bersama Madrid musim ini, namun penyerang itu sekadar meledak dua gol di UCL setakat ini.