ARSENAL 1 MANCHESTER UNITED 3
JOSE Mourinho mengangkat David de Gea sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia selepas pemain kebangsaan Sepanyol itu menjadi inspirasi kemenangan United 3-1 ke atas Arsenal.
Jesse Lingard menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan yang dihasilkan oleh Antonio Valencia sekaligus merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di laman lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali musim ini.
Bagaimanapun, pasukan pelawat memerlukan De Gea untuk menahan setiap asakan Arsenal sepanjang perlawanan, selepas pertahanan terakhir United itu mempamerkan persembahan terbaik bagi memastikan tiga mata di bawa pulang ke Old Trafford.
Alexandre Lacazette menjaringkan gol awal dalam babak kedua, tetapi Mourinho mengakui De Gea cemerlang dalam aksi "penting" bertemu seteru mereka di Stadium Emirates.
"Saya memberitahu kepadanya selepas perlawanan - apa yang saya lihat hari ini adalah penjaga gol terbaik dunia," kata Mourinho.
"Dalam perlawanan besar, anda memerlukan penjaga gol untuk bermain baik. Tetapi usaha yang dipamerkan secara keseluruhan oleh setiap pemain sangat baik.
"Ia merupakan perlawanan yang luar biasa. Saya gembira dengan cara kami bersaing. Tetapi saya turut menyifatkan Arsenal telah bermain dengan cemerlang, menyerang dan menyukarkan kami sepanjang perlawanan."
Astro Arena
Sun Dec 03 2017
David de Gea. REUTERS / Fail
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Solskjaer enggan tolak ansur pemain "didorong wang, kemasyhuran"
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak akan bertolak ansur dengan pemain-pemain di Manchester United yang "didorong oleh wang atau kemasyhuran".
Valencia umum tinggalkan Manchester United
Ketua pasukan Manchester United, Antonio Valencia, mengesahkan akan meninggalkan Old Trafford melalui satu pengumuman di Instagramnya.
Valencia bakal tinggalkan Old Trafford
Kapten Manchester United itu telah berkhidmat bersama kelab tersebut selama 10 tahun.
Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United
Solskjaer mengesahkan bahawa Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu apabila dia kembali cergas.
Manchester United menang namun jurang masih jauh
Paul Pogba cemerlang untuk membantu Red Devils menang 3-0 ke atas Stoke City.
De Gea penjaga gol terbaik dunia - Mourinho
Jesse Lingard menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan yang dihasilkan oleh Antonio Valencia sekaligus merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di laman lawan dalam saingan EPL buat pertama kali.
Arsenal telah pamer aksi cemerlang - Wenger
The Gunners menyaksikan rekod 100 peratus di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur apabila skuad kendalian Jose Mourinho meraih kemenangan 3-1 di Stadium Emirates.