REMBATAN roket Granit Xhaka dari luar petak penalti menyentak kem Serbia ketika mereka sedang selesa dengan gol pendahuluan daripada tandukan Aleksandar Mitrovic.
47 minit mereka menguasai Kaliningrad, yang disaksikan 33,167 penonton, sebelum para penyokong Serbia dikejutkan pada minit ke-52 dengan ledakan yang mungkin paling cantik sekurang-kurangnya untuk minggu kedua kempen di Rusia ini.
Bola merobek gawang kawalan Vladimir Stojkovic, Xhaka memecut menuju kalangan penyokong Die Nati, berlari dengan menunjukkan simbol dengan tangannya, kelihatan berbentuk burung berkepala dua.
Pada saat akhir pertembungan yang dilihat bakal berakhir seri itu, serangan balas pantas Mario Gavranovic melorong bola kepada Xherdan Shaqiri yang terus memecut menuju gawang Serbia, hanya dicabar pertahanan terakhir Dusko Tosic.
Serangan solo pemain rendang itu akhirnya berjaya mendiamkan kem Serbia apabila Stojkovic gagal menyelamatkan bola yang dilorong melepasi bawak ketikanya lalu tepat menuju jaring.
Keraian yang penuh emosi, Shaqiri membuka baju mengetatkan otot tubuhnya sebelum tangannya membentuk simbol yang sama dibuat Xhaka ketika meraikan gol penyamaan sebelum itu.
Pertembungan petang Jumaat di Kaliningrad itu tidak sekadar sebuah perlawanan bola sepak yang intens, tetapi bergelumang dengan sejarah silam.
Xhaka merupakan anak jati Basel, tetapi ibu bapanya adalah berdarah Kosovo Albania. Bapanya, Ragip, merupakan antara lautan manusia dalam protes terhadap pemerintahan komunis Republik Sosial Persekutuan Yugoslavia pada 1981 dan dipenjarakan selama lebih tiga tahun.
Sementara Shaqiri sememangnya anak kelahiran Kosovo, selama ini sememangnya lantang menyatakan sokongannya kepada wilayah yang merdeka pada 2008 itu, malah pernah menyatakan hasrat untuk menyertai skuad kebangsaan tanah kelahirannya itu.
Hasrat itu hanya mengundang marah rakyat Swiss, dan FIFA juga telah menetapkan peraturan bahawa pemain yang pernah mewakili sesebuah negara tidak boleh bermain untuk mana-mana negara lain.
Tetapi jiwanya tetap mengagungkan tanah tumpah darahnya itu, dan mencetakkan bendera Albania pada but kanannya yang didedahkan media ketika awal kempen.
Ketika but kanan berpijak pada bumi Rusia, but kanannya yang dicetak bendera Switzerland yang menendang bola untuk gol kemenangan penuh bermakna itu.
Kemenangan itu terus meletakkan Switzerland di tempat kedua Kumpulan E di belakang Brazil dengan empat mata, dan hanya memerlukan satu mata daripada pertemuan dengan Costa Rica sebagai melengkapkan saingan peringkat kumpulan untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati.
Simbol yang dipaparkan Xhaka dan Shaqiri itu merupakan lambang Helang Albania, sepertimana yang tertera pada bendera negara itu yang sekaligus mencetuskan kemarahan FIFA.
Gara-gara perbuatan itu, mereka berdua mungkin berdepan denda daripada badan induk bola sepak dunia itu yang mana dalam peraturan mereka menetapkan bahawa adalah dilarang untuk membuat sebarang kenyataan berbaur politik sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat tubuh.
Apa pun hukuman yang bakal menanti, pastinya mereka berdua puas, seakan melunaskan ‘dendam’ bangsa yang menderita ketika konflik di wilayah itu sekitar awal 1998 hingga pertengahan 1999 yang membunuh sekurang-kurangnya 13,400 orang awam yang mana 10,533 daripadanya adalah orang Albania.
Pastinya mereka puas, kali ini mereka menang perang tanpa pertumpahan darah, dan merekalah wiranya.
Tetapi lautan penyokong dari kedua-dua negara tidak bernostalgia atas cerita lampau itu. Mereka di sana untuk meraikan bola sepak, dan tiada seorang pun yang terbawa-bawa dengan emosi kisah lama.
Malah tamat perlawanan, Xhaka dan Shaqiri dilihat melambai tangan ke setiap penjuru stadium termasuk kepada para penyokong Serbia yang turut bertepuk menghargai persembahan hebat dipamerkan kedua-dua pemain itu.
Apapun, inikan bola sepak, dan inilah bola sepak. Bertarung atas padang seperti dalam perang, demi maruah, martabat dan kehormatan lencana di dada dan leluhur di hati.
Israr Khalid
Sat Jun 23 2018
Dua anak Kosovo ini gah mempamer simbol Helang Albania selepas jaringan masing-masing yang merentap ego Serbia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Seorang mangsa ditemui hidup dalam bangunan runtuh susulan gempa bumi
Penemuan tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat pasukan bomba diteruskan.
14 maut akibat gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Albania
Sekurang-kurangnya enam maut susulan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang menggegarkan Albania pada pagi Selasa.
Gempa bumi kuat 6.3 skala richter landa Albania
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Dua gempa gegar Albania
Kata kementerian itu, gegaran dirasai di sepanjang pantai barat Albania.
Shaqiri, Xhaka hadapi tindakan disiplin
Gandingan itu meledak dalam separuh masa kedua untuk membantu Switzerland meraih kemenangan 2-1 di Russia, tetapi cara mereka meraikan gol mencuri perhatian ramai pihak.
'Dendam' anak Kosovo terlunas
Pertembungan di Kaliningrad petang Jumaat itu tidak sekadar sebuah perlawanan bola sepak intens, tetapi bergelumang dengan sejarah silam.
'Ayah babi' - netizen serang insta Dua Lipa
Instagram Dua Lipa kemudiannya diserang oleh netizen dari Malaysia yang mempersendakan penggunaan perkataan itu.
Dua Lipa berjubah, bertudung lawat masjid di Abu Dhabi
Dua Lipa meluahkan rasa kagum terhadap kecantikan seni bina masjid ketiga terbesar di dunia itu.
1 maut, tiga cedera dalam bencana banjir di Albania
Selain itu, 314 rumah turut musnah dan kira-kira 127,000 penduduk terputus bekalan elektrik manakala semua sekolah ditutup.
Dompok disenaraikan duta Malaysia ke Vatican City
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok disenaraikan sebagai bakal duta Malaysia ke Vatican City, Malta dan Albania.