NOVAK DJOKOVIC mencipta sejarah selepas memecahkan rekod Roger Federer sebagai pemain nombor satu dunia dalam minggu paling banyak saingan Jelajah ATP.
Djokovic mengatasi rekod Federer selepas memulakan minggu ke-311 sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking pemain lelaki semalam.
Bintang Serbia itu kembali merampas kedudukan nombor satu dunia daripada seorang lagi pemain bintang, Rafael Nadal, pada Februari 2020 dan menamatkan tahun itu sebagai pemain bombor satu dunia buat kali keenam -- menyamai rekod yang pernah dilakar Pete Sampras.
Djokovic, yang kali pertama menduduki ranking nombor satu dunia ada Julai 2011, meraikan satu lagi rekod baharu ketika meraih gelaran kesembilan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne Park bulan lalu.
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripada Djokovic, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.
Djokovic telah memenangi 18 gelaran Grand Slam dan kurang dua berbanding Federer -- yang akan kembali dalam saingan ATP di Qatar minggu ini -- dan Nadal.
Federer kini berada di ranking keenam selepas tidak beraksi secara kompetitif sejak Terbuka Australia 2020.
Nadal pula kekal di tangga kedua dan berkemungkinan akan dipintas naib juara Terbuka Australia, Danill Medvedev, dalam ranking terbaru yang akan dikeluarkan pada 15 Mac ini.
Astro Arena
Tue Mar 09 2021
Djokovic telah memenangi 18 gelaran Grand Slam dan kurang dua berbanding Federer. - Gambar fail/AP
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wimbledon: Novak Djokovic menyamai rekod separuh akhir Roger Federer
Kemenangan itu membawanya mara ke separuh akhir pada kejohanan utama buat kali ke-46 dan kemenangan di Wimbledon kepada 33 perlawanan.
Tenis Wimbledon: Novak Djokovic hampiri rekod kemenangan dua legenda
Novak menjadi pemain ketiga dalam sejarah di samping Roger Federer dan Serena Williams yang mencatatkan 350 kemenangan perlawanan dalam grand slam.
Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir
Federer mengakui berasa gugup untuk bersaing di Piala Laver kerana sudah lama tidak menyertai pertandingan.
Persaraan Federer berita sedih - Nadal
Pengumuman 'seteru' utamanya itu agak mengejutkan kerana pemain Swiss itu dilihat masih berada dalam prestasi yang baik.
Roger Federer umum akan bersara selepas Piala Laver
Pemain itu tidak pernah beraksi secara kompetitif sejak disingkirkan Hubert Hurkacz suku akhir Kejohanan Wimbledon tahun lalu.
Roger Federer mahu kembali sertai Jelajah ATP tahun depan
Pemenang 20 kali gelaran grand slam itu terpaksa berehat panjang susulan menjalani pembedahan lutut tahun lalu.
Federer dijangka terlepas saingan Wimbledon
Pemain berusia 40 tahun itu menjalani pembedahan pada lutut kanannya buat kali ketiga Ogos lalu.
Serena Williams umum tarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat
Kegagalan membuat kemunculan di Flushing Meadow ini sekali gus menyekat misinya untuk memburu trofi Grand Slam ke-24 miliknya.
Federer berehat panjang lagi demi pembedahan lutut ketiga
Pemain berusia 40 tahun itu tidak beraksi sejak tewas kepada Hubert Hurkacz dalam suku akhir Wimbledon, Julai lalu.
Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.