DI SEBALIK dominasinya terhadap tenis lelaki sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Novak Djokovic harus dimaafkan andai berasakan prestasi gemilangnya seakan-akan terus dibayangi oleh kejayaan Roger Federer dan Rafael Nadal.
Kemenangan ke atas Andy Murray dalam final Terbuka Perancis, Ahad lalu, memberikan Djokovic gelaran Grand Slamnya yang ke-12, sekali gus berkongsi tempat keempat dengan Roy Emerson dalam senarai pemenang gelaran utama terbanyak.
Semuanya hebat-hebat dan melayakkannya sanjungan, namun Nadal dan Federer tetap berada di depannya, sekurang-kurangnya buat masa ini, dengan Federer masih belum mampu didekati dengan 17 gelaran Grand Slam.
Sekalipun dengan menamatkan satu penantian panjang terhadap satu Grand Slam kerjaya, dengan kejayaan dalam kunjungan ke-12 buatnya ke Roland Garros, Djokovic masih sekadar menuruti jejak langkah kedua-dua pemain itu yang lebih mendahului dari segi kekuasaan.
Dalam pada itu, Djokovic kini telah menyempurnakan satu pencapaian gemilang yang bukan Federer, Nadal mahupun mana-mana pencabar mampu menyamainya.
Tidak sejak 1969, apabila Rod Laver mengalahkan Tony Roche dalam final Terbuka Amerika Syarikat, apabila ada seorang pemain yang memegang keempat-empat gelaran Grand Slam pada satu masa.
Tanpa mengira sama ada Djokovic mampu mengatasi Federer sebagai pemenang paling prolifik dalam kejohanan gelaran utama atau tidak, dia kini berdiri bersendirian dalam kalangan pemain era moden.
Pertimbangkan sebegitu ramainya superstar dalam tenis lelaki sepanjang 40 tahun lalu.
Nama-nama yang meniti di bibir ramai seperti Connors, Borg, McEnroe, Lendl, Wilander, Edberg, Becker, Agassi, Sampras, Federer dan Nadal kesemuanya menikmati kejayaan-kejayaan penting. Dalam pada itu, tiada siapapun antara mereka yang mampu berada di puncak seperti diperlihatkan Djokovic kini.
Ditanya sama ada dia sudah mampu keluar dari bayang-bayang Federer dan Nadal, pemain nombor satu dunia itu berkata: “Saya tidak fikir ia adalah untuk saya menilainya.
“Kami semuanya unik dengan cara kami sendiri dan saya mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kedua-duanya… siapa diri mereka dan apa apa yang telah dicapai mereka. Mereka sangat bermakna kepada sukan ini.
“Mereka adalah juara-juara yang hebat di dalam dan di luar gelanggang dan disebabkan banyak masa yang dihabiskan dalam jelajah, mereka memiliki ramai peminat di seluruh dunia.
“Saya gembira dapat bersaing dengan mereka. Itu saja. Saya fikir kami semua menyumbang sesuatu yang berbeza," ujarnya.
Ia jelas kata-kata yang merendah diri tetapi Djokovic semakin menonjolkan dirinya sebagai pemain terbaik di dalam eranya. Jika ditakdirkan dia mampu mengatasi rekod Grand Slam milik Federer, ia mungkin dapat meredakan sebarang perdebatan.
Astro Arena
Tue Jun 07 2016
Djokovic kini telah menyempurnakan satu pencapaian gemilang yang bukan Federer, Nadal mahupun mana-mana pencabar mampu menyamainya. - Foto AFP
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Terbuka Miami: Andy Murray lanjut tempoh rehat susulan kecederaan buku lali
Murray rebah ke lantai selepas cedera di pergelangan kakinya ketika berlari ke arah jaring untuk mendapatkan pukulan.
Masters Paris: Andy Murray akui sudah tidak seronok main tenis
Andy Murray mengakui sudah tidak lagi seronok dengan permainannya selepas tewas dalam pusingan pertama Tenis Masters Paris.
Tenis Terbuka AS: Murray lakar kemenangan ke-200 saingan Grand Slam
Andy Murray memenangi perlawanan grand slam yang ke-200 dengan kemenangan tiga set ke atas wakil Perancis, Corentin Moutet, di Terbuka AS.
Tenis Winbledon: Novak Djokovic atasi Stan Wawrinka, lolos ke pusingan keempat
Novak Djokovic menewaskan Stan Wawrinka dalam saingan Wimbledon untuk menempah tempat ke pusingan keempat.
Tenis Wimbledon: Perintah berkurung, kecederaan nyaris jejas peluang Andy Murray
Murray cuba menjelmakan prestasi jitu menerusi ketabahan, kemahiran dan kawalannya di atas gelanggang rumput apabila mendahului permainan.
Masters Monte Carlo: Wawrinka bangkit raih kemenangan, Murray terkandas
Kedua-dua pemain itu, yang merupakan pemenang tiga gelaran grand slam, melalui nasib berbeza dalam kejohanan berkenaan.
Terbuka Perancis: Murray sahkan tidak ambil bahagian
Murray mengalami masalah yang teruk dengan kecederaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Terbuka Vienna: Atasi Hurkacz, Murray mara ke pusingan kedua
Murray meraih kemenangan yang mengambil masa dua jam dan 40 minit dalam pertembungan tiga set.
Pasti bagus jika lebih ramai pemain ambil vaksin, kata Andy Murray
Andy Murray menggesa lebih ramai pemain tenis mengambil vaksin koronavirus menjelang Kejohanan Terbuka Australia tahun depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.