MANCHESTER UNITED 2 BURNLEY 2
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menganggap keupayaan pasukannya yang hanya menjaringkan dua gol menentang Burnley ketika seri 2-2 sebagai 'menyedihkan'.
Skuad The Red Devils meraih keputusan seri 2-2 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris walaupun Jesse Lingard mencipta dua gol untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan mereka daripada tewas di Old Trafford, lewat malam tadi.
Ashley Barnes meletakkan Clarets di depan selepas tiga minit perlawanan bermula dan mereka menggandakan kelebihan menerusi sepakan percuma Steven Defour, sebelum Lingard memastikan satu mata dengan tendangan 'flick' dan jaringan penyamakan pada masa kecederaan.
Mourinho, yang menganggap penyudah pemainnya tidak matang ketika seri 2-2 dengan Leicester City minggu lalu di mana mereka mensia-siakan banyak peluang sebelum melepaskan gol pada masa kecederaan, sekali lagi kecewa apabila menyaksikan United gagal memanfaatkan dominasi mereka.
Dia memberitahu BBC Sport: "Kami sepatutnya menang. Ya, saya berpuas hati dengan cara pasukan bermain, dengan cara pasukan bertindak balas, cuba bangkit daripada ketinggalan 2-0.
"Pemain berjuang ketika ketinggalan 2-0 pada separuh masa. Jadi, tiada yang negatif tentang pemain saya. Saya memuji semangat mereka, reaksi mereka, cara mereka menerima semua risiko yang diambil pada babak kedua.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka menjaringkan gol daripada sepakan percuma, melantun ke sini, melantun ke sana, gol sama yang kami lepaskan dalam perlawanan lain dan kemudian mereka bertahan selama 95 minit. Percubaan kedua, mereka menjaringkan gol lagi.
"Bagi kami, untuk menjaringkan dua gol, kami perlu bermain separuh masa kedua selama 45 minit, dengan hanya seorang pertahanan. Hasil daripada dominasi yang besar, dua gol, adalah jumlah yang menyedihkan."
Mourinho minggu lalu mengadu mengenai jadual perlawanan sibuk United pada Disember, namun menafikan ia punca United keciciran banyak mata, malah enggan menerima mereka melalui tempoh yang sukar.
"Ia sama untuk kami dan sama untuk mereka, mereka juga adalah salah sebuah pasukan yang dihukum dengan jadual," katanya.
Ditanya sama ada mereka berada dalam tempoh yang sukar, dia menjawab: "Kenapa? Kerana kami berhak untuk memenangi perlawanan? Kerana lawan pergi ke gol kami dua kali dan menjaringkan gol dua kali? Kualiti permainan kami, risiko yang kami ambil dan juga menentang Leicester, pasukan yang sepatutnya memenangi kedua-dua perlawanan adalah kami. "
Sementara itu, bos Burnley, Sean Dyche, bangga dengan cara pasukannya bertahan tetapi tidak berpuas hati dengan keputusan menghadiahkan sepakan percuma kepada United yang membawa kepada gol penyamaan.
"Kami menjaringkan gol awal, kami tidak berehat, kami menjaringkan gol lagi. Pada separuh kedua, mereka menguasai lebih banyak. Satu-satunya kekecewaan saya ialah keputusan akhir mengenai Sam Vokes.
Astro Arena
Wed Dec 27 2017
MOURINHO: Tiada yang negatif tentang pemain saya. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.