Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan istimewa daripada petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao di pejabatnya hari ini.
Pacquaiao, 39, berada di ibu negara menjelang pertarungannya menentang juara bertahan Welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse, Ahad ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dalam catatan di laman Facebook dan Twitternya, Tun Mahathir yang juga juara di hati rakyat Malaysia, memuatnaik gambar pertemuan empat mata itu bersertakan kapsyen ‘Meeting The Champ’.
Pertarungan Ahad ini akan menyaksikan Senator Filipina itu berdepan Matthysse, 35, yang tekad tidak mahu melepaskan gelaran Juara Dunia WBA Welterweight yang disandangnya ketika ini.
BACA: Matthysse perlu 'bertarung' waktu Malaysia sebelum berdepan Pacquiao
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan turut hadir menyaksikan perlawanan itu Ahad ini, selain bertemu dengan Perdana Menteri, Isnin depan.
Selain Perdana Menteri, Pacquaiao turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman pada Rabu.
Berita Harian melaporkan, Pacquiao mengambil kesempatan itu untuk berbincang mengenai pelbagai isu dan masa depan sukan tinju di Malaysia bersama anggota Kabinet termuda Malaysia berusia 25 tahun terbabit.
Bagaimanapun, Pacquiao memilih untuk tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai hasil pertemuan dan perbincangan dengan Syed Saddiq kepada umum ketika sidang media terakhir menjelang pertarungan 'Fight of Champions' di Arena Axiata, Bukit Jalil.
Dalam pada itu, media Filipina melaporkan pertemuan antara Pacquiao dan Syed Saddiq berkenaan bakal merintis jalan untuk permulaan satu projek besar antara Filipina dan Malaysia nanti.
Pacquiao yang juga dikenali sebagai ‘Pacman’, merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen dengan mencatat 59 kemenangan (38 knock-out), tujuh kekalahan dan dua seri dalam kariernya.
Manakala Matthysse dikenali sebagai ‘The Machine’ kerana pukulan kencangnya, sudah meraih 39 kemenangan (36 knock-out) berbanding empat kekalahan.
Malik Ridhwan
Thu Jul 12 2018
Mahathir bersalaman bersama Pacquiao di pejabatnya pada Khamis. - Foto Facebook / Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA
Manny Pacquiao sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila berjaya meraih kejuaraan welterweight WBA (super) selepas menewaskan Keith Thurman pada Ahad.
Syed Saddiq akui permintaan TMJ buat beliau 'kurang selesa'
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Muar itu pada sidang media sempena Setahun Pakatan Harapan di bangunan kementeriannya, pada Selasa.
Manny Pacquiao tumpaskan Lucas Matthysse, raih gelaran juara welterweight WBA
Pacquiao kembali untuk merampas gelaran tersebut dari juara bertahan kelahiran Argentina itu selepas hampir setahun tidak beraksi.
Pacquiao, Matthysse sedia untuk gegarkan Axiata Arena esok!
Esok merupakan hari penentuan sama ada bintang tinju dunia, Manny Pacquiao masih berbisa atau tidak.
Dua juara bertemu: Manny Pacquiao jumpa Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kunjungan istimewa daripada peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao di pejabatnya hari ini.
Matthysse perlu 'bertarung' waktu Malaysia sebelum berdepan Pacquiao
Juara bertahan kategori Welterweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO), Lucas Matthysse perlu menggunakan sebaik mungkin beberapa hari berikutnya sebelum berdepan legenda Filipina, Manny Pacquiao.
Manny Pacquiao janji aksi penuh bertenaga, Matthysse tak gentar berentap idola sendiri
Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan dunia 15 Julai depan apabila Manny Pacquiao bakal berentap dengan pemegang tali pinggang Kejuaraan Welterweight WBA, Lucas Matthysse.