Tutup

Berita  | Sukan

Eliud Kipchoge, orang pertama tamatkan larian maraton tidak sampai dua jam

Eliud Kipchoge, orang pertama tamatkan larian maraton tidak sampai dua jam
Bagi memecah rekod tersebut, Eliud Kipchoge berlari pada kelajuan purata 21.1 kilometer sejam, yang meliputi 100 meter setiap 17.08 saat. - Twitter @ELIUDKIPCHOGE
BERCAKAP mengenai larian penuh maraton yang berjarak 42 kilometer, pastinya hampir kesemua boleh menyertainya dengan syarat menghabiskan larian tersebut sehingga ke garisan penamat.

Tetapi, bagaimana pula jika ingin menghabiskan larian maraton itu dalam masa dua jam? Adakah ia mustahil?

Ya, pastinya! Ini kerana seorang atlet maraton dari Kenya telah memecah rekod dengan menghabiskan larian maraton penuhnya dengan hanya masa satu jam 59 minit, dan 40.2 saat dalam satu acara maraton di Vienna, Austria.

Eliud Kipchoge, 34, menjadi manusia pertama yang berlari dalam maraton sehingga ke garisan penamat tidak sampai dua jam.

Bagi mencatatkan masa larian di bawah dua jam sekali gus mencapai rekod maraton terpantas, Kichoge terpaksa berlari pada kelajuan purata 21.1 kilometer sejam, yang meliputi 100 meter setiap 17.08 saat.


Menurut Kipchoge, beliau berharap akan lebih ramai orang dapat melakukan catatan rekod sepertinya selepas ini.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa tiada manusia yang terhad,”

“Itu adalah saat paling terbaik dalam hidup saya, tekanannya sangat besar,”

“Saya juga mendapat panggilan telefon daripada Presiden Kenya berhubung pencapaian rekod tersebut dan saya adalah orang yang paling bahagia hari ini” katanya kepada ESPN.

Ini menunjukkan bahawa atlet itu menjadi lambang kebanggaan di Kenya yang meraikan pencapaian rekodnya itu.


Bagaimanapun, larian maratonnya itu tidak diambil kira sebagai rekod maraton rasmi memandangkan acara larian yang disertainya itu bukan merupakan kategori terbuka.

Sebelum ini, Kipchoge sudah memegang rekod dunia untuk maraton terpantas dunia selepas menamatkan larian marathon di Berlin dengan catatan masa 2:01:39 pada tahun lalu.


Tag: Kenya, Eliud Kipchoge, maraton, INEOS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.