PENGENDALI Arsenal, Unai Emery, enggan mengambil hirau cakap-cakap yang mengatakan pasukannya kini salah satu pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas The Gunners meraih tujuh kemenangan berturut-turut untuk melonjak ke tangga keempat liga.
Hector Bellerin terjaring gol ke gawang sendiri dalam kemenangan 3-1 pasukan itu ke atas Leicester City di Stadium Emirates, Awal pagi tadi.
Perlawanan tersebut turut menyaksikan aksi hampir sempurna disajikan bintang mereka, Mesut Ozil.
Ozil bertukar-tukar hantaran dengan Bellerin sebelum menyamakan kedudukan buat Arsenal sebelum tamat babak pertama.
Dia kemudian menjadi pencetus kepada dua jaringan pantas Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-63 dan 66.
Kemenangan ke-10 berturut-turut dalam kesemua kejohanan itu mula memperlihatkan Arsenal sebagai pencabar utama kejuaraan liga dengan mereka kini hanya dipisahkan dua mata dengan pendahulu Manchester City dan Liverpool.
Emery bagaimanapun enggan terbawa-bawa dengan kejayaan itu apabila ditanya tentang perebutan kejuaraan liga yang menyaksikan mereka kini melalui rekod kemenangan terpanjang sejak 2007.
"Kami perlu bertenang," kata Emery sewaktu sidang media.
"Menewaskan Leicester adalah penting buat kami memandangkan kedudukan mereka yang terlalu hampir dalam carta liga.
"Kami juga bersedia bertemu pasukan yang berkedudukan lebih baik daripada kami seperti Liverpool, Manchester City dan Chelsea.
"Kami mengawal permainan dan mencari peluang jaringan. 30 minit pertama merupakan waktu sukar buat kami."
Ozil menerima tepukan gemuruh selepas perlawanan dan perkara itu termasuk dalam penilaian Emery untuk menjadikannya salah seorang kapten pasukan.
"Ia sangat penting," kata Emery berkenaan sikap kepimpinan yang dimiliki Ozil.
"Kami mempunyai ramai pemain yang memiliki kapasiti seperti itu.
"kami mempunyai beberapa orang kapten. Dia boleh meneruskan peranan itu dalam semua perlawanan dengan atau tanpa lilitan di lengan," tambah Emery.
Nacho Monreal, Sokratis Papastathopoulos dan Sead Kolasinac terlepas aksi kemenangan menentang Leicester yang menyaksikan Stephan Lichtsteiner, mengisi posisi bek kiri dan pemain baru Zech Medley, berada di bangku simpanan buat kali pertama.
Pemain tengah, Granit Xhaka, kemudian beralih ke posisi bek kiri setelah pertukaran berganda dilakukan Emery yang memasukkan Aubameyang dan Matteo Guendouzi untuk menggantikan Lichtsteiner dan Henrikh Mkhitaryan.
Tumpuan Arsenal selepas ini beralih kepada aksi berdepan Sporting CP dalam saingan Liga Europa, Khamis ini.
"Aksi pada Ahad lepas benar-benar menguji ketahanan kami.
"Sead dan Nacho, mereka tidak dapat diturunkan hari ini.
"Saya harap mereka dapat diturunkan menentang Sporting.
"Buat Sokkratis, dia boleh berehat Khamis ini.
"Dengan kepadatan jadual perlawanan kami, adalah sangat penting untuk mereka berehat," tambah Emery.
Astro Arena
Tue Oct 23 2018
EMERY: Menewaskan Leicester adalah penting buat kami.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates
Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang, kata Mohamed Elneny.