Kedua-dua gergasi dari Manchester berjaya meraih tiga mata yang amat penting sekali gus menyaksikan pemain baru mereka bersinar ketika saingan Liga Perdana Inggeris masing-masing.

Kedua-dua gergasi dari Manchester berjaya meraih tiga mata yang amat penting sekali gus menyaksikan pemain baru mereka bersinar ketika saingan Liga Perdana Inggeris masing-masing.

Aksi semalam menyaksikan penampilan pertama dari bangku simpanan buat penyerang Anthony Martial dari Manchester United serta perancang Kevin de Bruyne dari Manchester City yang berjumlah GBP90j (RM597.91j) secara keseluruhan.

Martial yang hanya berusia 19 tahun, melebarkan jurang gol apabila mempamerkan kelicikannya untuk melepasi pertahanan Liverpool, Martin Skrtel sebelum menyumbat masuk gol ketiga di hadapan penyokong baru dalam kemenangan 3-1 di Old Trafford.

Manakala Kevin de Bruyne terpaksa diturunkan seawal minit ke-25 akibat kecederaan penyerang utama Sergio Aguero yang diasak pertahanan Crystal Palace, Scott Dann.

Namun De Bruyne bukti kemampuannya sebagai pemain kreatif dengan beberapa hantaran kemas sepanjang 65 minit buat The Citizens yang beraksi tanpa kelibat perancang utama David Silva ketika kemenangan tipis 1-0 lawan Crystal Palace.

Tentunya, kedua-dua kem Manchester berseronok berikutan kemanangan masing-masing tetapi saingan Liga Juara-Juara minggu pasti menguji kualiti pasukan dengan lebih intensif.

Selain itu, perlawanan derby Manchester janji aksi yang sengit dan akan berlangsung pada 25 Oktober bulan depan.