SATU masa dahulu Old Trafford menjadi laman berkubur pasukan bola sepak divisyen utama Liga Inggeris. Kebelakangan ini, keadaan berubah 180 darjah.

Tidak meleset jika dikatakan stadium terbesar kelab bola sepak di England yang mampu memuatkan lebih 75,000 penonton kini bakal terkuburnya kerjaya pengurusan OGS – Ole Gunnar Solskjaer.

Sesiapa sahaja yang diberi peluang mengurus Man U, tidak mungkin mampu mengulangi pencapaian Sir Alex Ferguson yang berkhidmat selama 26 tahun sebagai pengurus.

'Bertakhta' di Old Trafford dari 1986 hingga persaraannya pada 2013, Sir Alex mengumpul 38 trofi – termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana, lima Piala FA dan dua kali menjadi 'Raja Kelab Eropah'.

Malangnya, sehingga hari ini, Man U melalui zaman kelam setelah ketiga lima pengganti Sir Alex – bermula dengan David Moyes (2013-2014), Ryan Giggs (April-May 2014), Louis van Gaal (2014-2016), Jose Mourinho (2016-2018) dan OGS (bermula Dis 2018) – tidak mampu mengekang kebangkitan pasukan lawan.

Prospek untuk merubah keadaan suram di Old Trafford agak kurang meyakinkan apabila the Reds bertandang untuk pertemuan pertama kedua dua musuh ketat ini.

Pasukan dari Liverpool ini mula menunjuk taring musim lepas di bawah peneraju Juergen Klopp dan setakat ini sudah membina kusyen 8 mata dari pencabar terdekat.

Setelah tamat lapan permainan sejak musim 2019-2020 bermula pada Jun lalu, the Reds berlagak dengan penuh bergaya manakala the Red Devils seolah-olah hilang punca.



Ramai peminat bola sepak sudah mula membuat spekulasi bahawa OGS bakal dipecat jika kalah pada Ahad.

Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan mungkin mampu membantu sesiapa yang berani membuat sedikit ramalan.



Bagi peminat kedua dua pasukan Astro viewing party kembali – kali ini di MyTOWN sepanjang Sabtu dan berakhir apabila wisel permainan tamat pada awal Isnin.

Turut hadir untuk bertemu peminat adalah bekas pemain Mikael Silvestre dan Vladiir Smicer yang bakal berkongsi cerita zaman kegemilangan masing masing bermain untuk Man Utd dan Liverpool.

Untuk menghangatkan lagi keadaan, peminat kedua dua pasukan berpeluang meluahkan pendapat dan perasaan masing masing mengambil bahagian dalam debat melalui Funatic Fight melalui FB Live bermula jam 10 malam pada Ahad.