NEWCASTLE UNITED 1 WOLVES 2
Rafael Benitez menuntut Liga Perdana Inggeris (EPL) memperkenalkan Video Bantuan Pengadil (VAR) "sekarang juga" selepas Newcastle United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tumbang 1-2 kepada Wolves di tempat sendiri menerusi jaringan Matt Doherty pada minit ke-94.
Newcastle hampir berkongsi satu mata dalam aksi di St James' Park itu pada awal pagi Isnin susulan DeAndre Yedlin dibuang padang, tetapi tandukan Doherty dari jarak dekat dalam masa tambahan selepas Martin Dubravka menyelamatkan percubaan Diogo Jota, yang membuka tirai jaringan.
Begitupun, Benitez cukup tidak setuju dengan keputusan pengadil, Mike Dean, yang mengarahkan Yedlin meninggalkan padang kerana menjatuhkan Jota, sambil mendakwa Ayoze Perez sepatutnya diberikan penalti selepas pertembungan dengan Willy Boly di dalam kotak penalti Wolves.
Benitez membuat isyarat VAR di tepi padang susulan kad merah yang diterima Yedlin, dengan teknologi itu bakal diperkenalkan dalam EPL pada musim 2019-20, tetapi dia berasakan langkah itu sudah terlambat.
"Kami memerlukan VAR sekarang juga berdasarkan apa yang anda lihat pada hari ini. Saya fikir kita memerlukan VAR," kata Benitez yang marah kepada Sky Sports. "Apabila anda melihat kad merah dan muka Perez disiku, maka sekarang juga VAR perlu diketengahkan.
"Kedudukan bola itu jauh dan (Jamaal) Lascelles sedar ia bukan satu peluang terbuka. Yedlin telah menariknya tetapi saya tidak mahu membincangkannya. Jelas sekali kami beraksi dengan baik, namun adalah sukar dalam situasi ini. "
Mengenai tuntutan penalti, pemain Sepanyol itu menambah: "Saya tidak perlu bercakap terlalu banyak tentang pengadil tetapi situasinya cukup jelas dan keadaan seperti ini membunuh keyakinan kami."
Perez, yang menjaringkan gol penyamaan Newcastle dengan tandukan tipis, menyaksikan rayuan penaltinya tidak diendah oleh Dean selepas disiku Boly yang menyebabkan pendarahan di mukanya.
"Saya disiku di muka. Pengadil mengatakan bola itu terkena muka saya," kata Perez kepada Sky Sports.
"Bola itu jauh daripada pemain pertahanan lawan, sungguhpun muka saya berdarah, pengadil masih yakin bahawa bola itulah yang menghentam muka saya. Ia agak aneh, saya masih bingung memikirkannya dan saya tidak percaya.
"Saya tidak tahu apa yang diperlukan kami untuk memenangi penalti atau tindakan yang adil. Kami perlu terus bercakap tentang bola sepak dan perkara yang paling penting ialah kami terus memperbaiki prestasi di tempat sendiri. Kami kalah 0-3 kepada West Ham sebelum ini tetapi pada hari ini, kami tidak sepatutnya kalah.
"Bukannya saya mahu mengadu atau apa-apa, namun saya disiku tepat di hidung. Saya tidak tahu apa yang dilihat oleh pengadil ketika itu, tetapi bagaimana ia tidak dikenakan penalti? Saya tidak tahu apa yang dia perlu lihat atau apa yang perlu berlaku untuk mendapat penalti."
Astro Arena
Mon Dec 10 2018
Benitez cukup tidak setuju dengan keputusan pengadil, Mike Dean (gambar). - Astro Arena
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
'Saya pun puasa YB' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila pembentangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asinng 2023 dicelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan status quo Perdana Menteri dalam RUU itu.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 lulus di Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.
Toni Kroos buat pusingan U sertai skuad Jerman
Pemain tengah Real Madrid itu mendedahkan bulan lalu dia merancang untuk keluar daripada persaraan antarabangsa.
Kelantan United FC kini dikenali dengan KDN FC
Kelantan United FC (KUFC) dijenamakan semula kepada Kelantan Darul Naim (KDN FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pan Gon tidak puas hati dengan keadaan padang SNBJ
Pan Gon dilihat agak kecewa dengan keadaan padang SNBJ yang akan digunakan untuk perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ 2027 Piala Asia menentang Oman pada 26 Mac.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Kelantan FC tagih khidmat pemain Palestin untuk Liga Super 2024/2025
Presiden KUFC Rozi Muhamad berkata, pihaknya telah menandatangani kontrak bersama pemain Oday Kharoub yang berusia 31 tahun.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Khairul Azman-Aidil Sharin kembali bergabung di Kuching City
Khairul Azman Mohamed, kembali melanjutkan kariernya dalam bola sepak apabila bersetuju menyertai Kuching City sebagai jurulatih penjaga gol.
Isu kemanusiaan di Palestin, scammer, dasar naturalisasi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Ledang akan menyoal Menteri Luar Negeri mengenai tindakan lanjut kerajaan dalam isu kemelut kemanusiaan di Palestin.