Pasukan gergasi China Newbee meraih kemenangan yang sangat bergaya selepas membenam Team Liquid 3-2 dalam dalam final kejohanan Dota 2 ESL One Genting di Arena of Stars Genting Highlands, di sini hari ini.

Kemenangan itu juga menyaksikan Newbee membawa pulang wang tunai kira-kira RM619,000 (USD$160,000) dengan mata kelayakan The International 2018 (TI8) sebanyak 200 mata.

Sementara itu, Team Liquid selaku naib juara membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM300,000 dengan 120 mata kelayakan TI8.


Pasukan Newbee terdiri daripada Xu Han (Moogy), Song Chun (Sccc) Damien Chok (kpii) Hu Liangzhi (Kaka) dan Zeng Hongda (Faith).

Pasukan tersebut kini berada di kedudukan ketiga ranking dunia dalam arena profesional Dota 2, menurut GosuGamers.

Pasukan Newbee terdiri daripada Xu Han (Moogy), Song Chun (Sccc) Damien Chok (kpii) Hu Liangzhi (Kaka) dan Zeng Hongda (Faith). - Astro AWANI/Mariah Ahmad