Pelumba pasukan Mercedes Lewis Hamilton muncul juara perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Sepanyol selepas mengatasi pelumba pasukan Ferrari, Sebastian Vettel.

Hamilton berjaya merangkul gelaran tersebut selepas satu perlumbaan yang sengit dan ini juga merupakan kemenangan ke-55 dalam kariernya.

Hamilton terpaksa berusaha keras untuk menang selepas Vettel mendahuluinya di awal saingan.

Pelumba kelahiran Britain itu kembali mendahului perlumbaan itu selepas 44 pusingan dan menang dengan mendahului 3.4 saat di hadapan Vettel.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull yang menamatkan perlumbaan 1 minit 15.8 saat di belakang Hamilton.