Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pemegang hak media antarabangsa terkemuka, Media Partners & Silva (MP & Silva) menjelang penswastaan Liga Malaysia (Liga M) pada 2016.
Majlis menandatangani perjanjian itu berikutan penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) awal minggu ini, dengan MP & Silva memberi jaminan pulangan sebanyak RM1.26 bilion menerusi kerjasama selama 15 tahun itu.
Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menandatangani bagi pihak badan induk bola sepak negara itu, manakala Ketua Pemerolehan MP & Silva, Daniele Cappelletti mewakili syarikat berkenaan yang berpangkalan di London dan Singapura.
Bertitah kepada pemberita selepas majlis itu, Tengku Abdullah berkata 30 peratus daripada dana itu seperti yang diumumkan awal minggu ini, adalah berdasarkan kepada prestasi pasukan yang bersaing pada musim ini.
Beliau juga menegaskan bahawa FAM tidak boleh memberi jaminan lebihan saham daripada tawaran FMLLP itu akan diberikan kepada pasukan yang bertanding seperti yang dicadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, kerana perbelanjaan bagi pasukan kebangsaan dan program pembangunan di peringkat akar umbi adalah diberi keutamaan.
Dalam pada itu, Cappelletti berkata syarikat berkenaan bersetuju melabur sejumlah wang yang besar untuk menjalin kerjasama dengan FAM kerana percaya bahawa Liga M mempunyai potensinya yang tersendiri.
"Bagi kami, Malaysia adalah pasaran yang sangat penting. Kami membuat keputusan melabur sejumlah wang yang besar kerana kami benar-benar yakin dengan demografi dan juga (keadaan) ekonomi di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan MP & Silva rantau Asia Pasifik, Beatrice Lee berkata peranan syarikat berkenaan adalah bagi mendapatkan penaja-penaja baharu serta badan penyiar yang sesuai untuk perlawanan Liga M bermula tahun depan.
Semasa penubuhan FMLLP awal minggu ini, Tengku Abdullah dilaporkan bertitah bahawa badan induk bola sepak kebangsaan itu akan memperoleh 40 peratus daripada jumlah hasil FMLLP manakala pasukan dan kelab menerima 30 peratus daripada dana tersebut.
Sebanyak 10 peratus daripada dana itu akan diperuntukkan kepada pembangunan pengadil dan belia manakala baki 20 peratus akan disalurkan untuk perjalanan Liga M.
Berdasarkan jumlah yang dijanjikan oleh MP & Silva dari 2016 ke 2021, FAM akan dijanjikan pulangan sebanyak RM70 juta setahun manakala RM85 juta bagi tempoh tiga tahun berikutnya (2022-2024), RM92 juta (2025-2027) dan RM103 juta bagi tempoh tiga tahun terakhir.
Astro Arena
Sat Jan 24 2015
Sebanyak 10 peratus daripada dana itu akan diperuntukkan kepada pembangunan pengadil dan belia manakala baki 20 peratus akan disalurkan untuk perjalanan Liga M. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
FAM dijamin terima pulangan RM1.26bil
Persatuan Bola Sepak Malaysia menandatangani MoU dengan syarikat pemegang hak media antarabangsa terkemuka, Media Partners & Silva (MP & Silva) menjelang penswastaan Liga M pada 2016.