Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa setiap persatuan bola sepak negeri mewujudkan saingan liga bagi peringkat umur Bawah 21 Tahun (B-21) dan Bawah 19 Tahun (B-19) bermula tahun 2020.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata ia bertujuan memperkasakan sistem pembangunan bola sepak remaja yang akan memanfaatkan pasukan Piala Belia (B-19) dan Piala Presiden (B-21) di setiap negeri apabila jumlah pemain muda beraksi secara kompetitif bertambah.
Mohd Yusoff menjelaskan usaha itu boleh menjadi platform buat pemain muda yang tidak terpilih bersama skuad Piala Belia dan Piala Presiden negeri masing-masing untuk membuktikan kemampuan.
"Kalau dulu bakat muda di negeri kita hanya nampak dalam skuad Piala Belia dan Piala Presiden, jadi dengan wujudnya liga peringat umur di setiap negeri ini akan ramai pemain berbakat dapat dilahirkan walaupun tidak bersaing dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden.
"Kita juga tidak mahu terlepas pandang akan bakat pemain-pemain muda ini atau peluang mereka tersekat kerana gagal menempatkan diri dalam skuad Piala Belia dan Piala Presiden," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali ke-9 Bagi Penggal 2017-2021 di Wisma FAM di Kelana Jaya, pada Sabtu.
FAM turut menyasarkan saingan liga negeri bagi peringkat umur Bawah 17 Tahun (B-17) dan Bawah 15 Tahun (B-15) turut akan dilaksanakan masing-masing menjelang 2022 dan 2024.
Menurut Mohd Yusoff, satu taklimat terperinci kepada semua persatuan negeri mengenai mekanisme perjalanan liga akan diadakan pada Januari depan.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata tempoh jendela perpindahan pemain turut akan dilaksanakan bagi membolehkan pemain di liga negeri berkenaan diserap ke dalam skuad Piala Belia dan Piala Presiden dan sebaliknya.
"Adanya format jendela perpindahan pemain antara pasukan Belia serta Presiden dengan pasukan liga negeri ia memberi ruang kepada proses naik dan turun pemain ke dalam sesuatu pasukan.
"Ia akan memastikan lebih banyak bakat di negeri boleh turut serta dan secara tidak langsung akan memberi motivasi dan tekanan kepada pemain dalam skuad Belia dan Presiden untuk bekerja keras," jelas Stuart.
Dalam perkembangan berasingan, Stuart mengesahkan format pertandingan Piala Belia dan Presiden akan berubah bermula musim hadapan dengan memisahkan saingan liga kepada dua zon; Utara dan Selatan tanpa mengurangkan jumlah perlawanan yang perlu ditempuhi setiap pasukan.
Katanya pasukan Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor akan bersaing dalam zon Selatan manakala Terengganu dan Kelantan bersaing dalam zon Utara.
"Ini telah dimuktamadkan demi mengurangkan kos perjalanan serta kos penginapan setiap pasukan bertanding," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 23 2019
Menurut Mohd Yusoff, satu taklimat terperinci kepada semua persatuan negeri mengenai mekanisme perjalanan liga akan diadakan pada Januari depan. - Gambar fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.