Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Pada sesi memperkenalkan Zainal Abidin, 54, kepada media hari ini, Presiden FAP Zairil Khir Johari meluahkan keyakinannya akan kemampuan bekas pemain kebangsaan itu membantu Pulau Pinang mengharungi baki musim Liga Super 2017.
"Pelantikan Zainal berkuat kuasa Isnin depan dan saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih berpengalaman yang mampu memulihkan kembali semangat pemain serta memastikan Pulau Pinang kekal dalam Liga Super," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Pada majlis itu kerajaan negeri turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP.
Zainal Abidin mengambil alih tugas jurulatih import Ashley Westwood yang ditamatkan kontraknya Ahad lepas susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang sejak musim 2017 bermula.
Mengulas pelantikannya, Zainal Abidin yang pernah membimbing Pahang menjuarai Liga Super pada 2004, berkata beliau tidak menjanjikan magik namun akan berusaha sepenuh hati untuk mengubah nasib pasukan Pulau Pinang.
"Saya akan membuat penilaian apabila mula bertugas secara rasmi Isnin ini dan setiap pemain harus menunjukkan prestasi terbaik untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya.
Zainal Abidin turut memohon sokongan padu semua pemain, pembantu jurulatih serta penyokong Harimau Kumbang untuk memastikan skuad itu mencapai sasarannya.
Pulau Pinang kini di tangga tercorot Liga Super 2017 dengan hanya mengumpul dua mata daripada lapan perlawanan dan satu-satunya pasukan yang belum mencatatkan kemenangan dalam saingan itu setakat ini.
Sejak menerajui Harimau Kumbang pada November 2016, Westwood gagal menyerlahkan prestasi skuad itu apabila sekadar mencatatkan satu kemenangan iaitu dalam saingan Piala FA, menundukkan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada Februari lalu.
Pulau Pinang bagaimanapun tercicir daripada saingan Piala FA selepas dibenam 1-4 oleh Negeri Sembilan pada pusingan ketiga 11 Mac lalu manakala peluangnya dalam Piala Malaysia 2017 juga malap berikutan prestasi tidak memberangsangkan dalam pusingan pertama Liga Super setakat ini yang hanya berbaki tiga perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2017
Zainal Abidin mengambil alih tugas jurulatih import Ashley Westwood yang ditamatkan kontraknya. - Bernama
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.