KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum bersedia untuk melaksanakan Fasa Lima dan Enam bagi sektor sukan dan rekreasi, berikutan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini, kata menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Menurut beliau, KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dan kemudian menarik balik arahan tersebut.
"Ada negara yang pada peringkat awal membenarkan (kehadiran) penonton, akhirnya menarik semula (keputusan itu)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Esports Integrated (ESI) di sini.
ESI adalah inisiatif baharu daripada KBS yang dikuasakan oleh 'Impact Integrated' untuk mendorong pertumbuhan dan kepelbagaian, dalam industri e-sukan tempatan.
Fasa Lima sektor sukan dan rekreasi merujuk kepada kehadiran penonton ke stadium dengan skala kecil, manakala Fasa Enam ialah kehadiran penonton ke stadium dengan skala besar, serta penyertaan atlet luar negara dalam kejohanan tempatan.
Pada masa ini, Fasa Empat sektor sukan dan rekreasi tempatan dibenarkan untuk dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas, dengan kebenaran menganjurkan kejohanan dan pertandingan tempatan untuk sukan bersentuhan fizikal, tanpa penonton.
"Pada waktu ini, saya harapkan sangat bahawa mereka yang dibenarkan setakat Fasa Empat terus patuh prosedur operasi standard (SOP).
"Sebab selagi mana kerajaan mempunyai keyakinan bahawa dalam bidang sukan tidak ada langsung penularan kes baharu, selagi itu ia akan menjadikan peluang saya untuk mengemukakan sektor sukan untuk ke Fasa Lima dan Enam menjadi lebih mudah. Pada waktu ini, kami (KBS) puas hati dengan pelaksanaan fasa yang dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
REEZAL: Selagi mana kerajaan yakin dalam bidang sukan tidak ada penularan kes baharu, selagi itu peluang saya untuk mengemukakan sektor sukan ke Fasa Lima dan Enam menjadi lebih mudah. - Gambar fail
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.
PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.
PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.
PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.
Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).
PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas
PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.
Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.
Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.
PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.