Pemain Switzerland dan pilihan ke 17 dunia, Roger Federer menjuarai kejohanan Grand Slam Terbuka Australia selepas mengalahkan pemain Sepanyol yang juga pilihan kesembilan dunia, Rafael Nadal dalam aksi sengit yang berlangsung selama 3 jam 38 minit.

Kali terakhir kedua-dua pemain ini bertemu ialah dalam final Terbuka Switzerland pada 2015 di Basel.

Federer menang 6-4, 3-6, 6-1, 3-6, 6-3 di gelanggang Rod Laver Arena, Melbourne.

Kemenangan Federer kali ini, mengurangkan jurang kekalahannya kepada Nadal sekali gus membolehkannya muncul juara buat kali kelima di Terbuka Australia dan meraih gelaran Grand Slam ke-18 dalam kariernya.

Berdasarkan rekod selepas sembilan pertemuan terakhir mereka, Nadal masih unggul dengan enam kemenangan.