TIKET untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Thailand akan mula dijual pada Isnin, 28 Ogos.

Penyokong Malaysia boleh mendapatkan tiket yang akan dijual di kaunter yang akan dibuka di Stadium Shah Alam, bermula jam 11 pagi.

Tiada jualan tiket secara atas talian seperti sebelum ini.

Hebahan jualan tiket acara bola sepak Sukan SEA 29.

Sebanyak 20 kaunter akan dibuka untuk urusan jualan tiket, dan semua kaunter akan terus dibuka sehingga kesemua tiket habis dijual.

Bagi penyokong Thailand pula, tiket boleh dibeli Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, bermula jam 11 pagi.

Pembelian tiket terhad sebanyak lima keping bagi seorang individu.

Bgai perlawanan penentuan tempat ketiga, tiket dijual di Stadium Selayang, juga bermula jam 11 pagi.