HUGO Lloris berharap Perancis tidak akan mengulangi kegagalan Euro 2016 ketika berdepan Croatia dalam final Piala Dunia, malam ini.
Paul Pogba mencadangkan Les Bleus dihukum Portugal dalam aksi final dua tahun lalu selepas mengatasi juara dunia, Jerman, dalam separuh akhir, sebelum tewas 1-0 kepada skuad kendalian Fernando Santos itu.
Tetapi Lloris berikrar tidak akan mengulangi perkara yang sama ketika berdepan skuad bimbingan Zlatko Dalic itu di Moscow.
"Saya tidak berasakan ia akan berlaku lagi," katanya
"Saingan dua tahun lalu, kami dibarisi ramai pemain baru.
"Selepas mengatasi Belgium (dalam separuh akhir), kami menyedari meletakkan keyakinan untuk muncul pemenang dalam aksi final. Ia merupakan sasaran kami dan akan mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan ini.
Perancis mengatasi Argentina, Uruguay dan Belgium dalam tempoh 90 minit untuk ke final di Russia manakala Croatia perlu bangkit daripada ketinggalan untuk meraih setiap perlawanan yang dibawa ke masa tambahan.
Bagaimanapun, enggan memandang rendah terhadap jalan sukar yang dihadapi Croatia, Lloris berasakan ia akan menjadi kekuatan lawan untuk mencipta kejayaan.
"Croatia mempamerkan kebolehan mereka beraksi di pentas tertinggi," katanya. "Mereka membuktikan layak mara ke pusingan seterusnya selepas bersaing hingga ke minit terakhir dan ia membuktikan Croatia memiliki keistimewaan tersendiri.
"Ini merupakan perlawanan yang penting buat kedua-dua pasukan. Kami sudah bersedia secara mental dan fizikal. Perlawanan yang istimewa, aksi final Piala Dunia."
Astro Arena
Sun Jul 15 2018
Lloris berikrar tidak akan mengulangi perkara yang sama ketika berdepan skuad bimbingan Zlatko Dalic itu di Moscow. - Foto REUTERS
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Final Piala Dunia: Lloris mahu elak kekecewaan Euro 2016
Hugo Lloris berharap Perancis tidak akan mengulangi kegagalan Euro 2016 ketika berdepan Croatia dalam final Piala Dunia, malam ini.
Kritikan terhadap Neymar melampau
Neymar yang menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan sebelum Brazil tersingkir, menjadi bahan kritikan utama media di atas reaksi setiap kali dia dijatuhkan.
Luqman Hafidz bertuah bila 'Messi' jual tiket bola Piala Dunia dalam kereta api
Pelakon filem Ola Bola, Luqman Hafidz antara peminat bola sepak yang bertuah kerana dapat membeli tiket menyaksikan pelawanan bola sepak Piala Dunia di Rusia pada saat-saat akhir.
Pandu traktor sejauh 2,000km ke Piala Dunia
Traktor itu mengharungi perjalanan 12 hari bermula dari Lucerne dengan Studer membawa harapan untuk menyaksikan aksi pasukan Switzerland.