Pasukan dari Singapura Lion XII muncul juara Piala FA selepas menewaskan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Lions XII berjaya membuka tirai jaringan menerusi Faris Ramli pada minit ke enam perlawanan.

Meskipun diasak bertubi-tubi oleh pasukan Kelantan, kedudukan kekal dengan Lion XII mendahului 1-0 di separuh masa.

Piala FA
Penyerang Kelantan Erwin Carrillo dikawal ketat oleh dua pemain Lions XII pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Bernama

Usaha pasukan The Red Warriors di babak separuh masa kedua berbalas apabila kembali menghidupkan peluang dengan jaringan penyamaan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke 62 untuk merancakkan lagi aksi kedua-dua pasukan yang beraksi dalam stadium yang sarat dengan penonton.

Lions XII bagaimanapun kembali mendahului Kelantan dengan kedudukan 2-1. Kali ini menerusi jaringan Sahil Suhaimi pada minit ke 81.

Piala FA
Pemain Lions XII Muhd Faris Ramli (kiri) menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

Gol ketiga Lion XII kemudiannya menyusul menerusi sepakan penalti oleh Mohd Sahil Suhaimi pada masa kecederaan.

Tidak banyak yang dapat dilakukan pasukan Kelantan, tamat masa penuh perlawanan, Lion XII muncul juara dengan kemenangan 3-1 untuk menjulang Piala FA.


Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan pasukan Singapura itu dan berharap agar pasukan negara tidak berputus asa dengan kekalahan tahun ini.




FOTO: Perlawanan Akhir Piala FA 2015














Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas.