Program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata, program tersebut dirancang diadakan pada 7 Mac ini (Sabtu) di Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil.

"Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.

"KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 23,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur," jelas kementerian itu lagi.

Dalam masa sama, KBS memohon maaf di atas segala kesulitan.

Untuk rekod, Program FitMalaysia merupakan program yang disertai dan sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya belia dan kanak-kanak.