Kehebatan seorang gadis menimbang bola dengan memakai jubah dan berhijab baru-baru ini menarik perhatian netizen dan kini video aksinya menjadi tular di laman sosial Facebook.
Ini mungkin kerana aksinya yang menimbang bola begitu sahaja dengan memakai jubah yang sepatutnya permainan tersebut dimonopoli kaum lelaki. Namun itu tidak menjadi masalah kepada Qhouirunnisa' Endang Wahyudi,18.
Beliau yang senang disapa Nisa, berkata beliau memuat naik videonya bukan hanya untuk meraih perhatian dengan penampilannya (berhijab) ataupun menambah 'follower' tetapi minatnya yang mendalam terhadap sukan tersebut.
Katanya, sebelum ini beliau sering beraksi (menimbang bola) dan menjadi semakin rancak apabila perlawanan bola sepak berprestij di dunia, Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung semalam di Rusia.
"Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetap yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tasik Taman Bandar Botani dekat Klang baru-baru ini.
Anak sulung dari tiga beradik ini yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Asasi dalam bahasa Arab dan Sains Islamic di Universiti Al-Madinah, Shah Alam berkata beliau meminati dunia bola sepak ketika menemani adik lelakinya yang bermain futsal dua tahun lalu.
Beliau juga menjadikan pengalaman ketika membuat persembahan bersama dua rakannya di Sunway Velocity Mall sebagai titik tolak dalam meningkatkan lagi mutu permainannya.
Katanya lagi, walaupun permulaan ayahnya tidak membenarkannya untuk menceburi dalam dunia bola sepak ini tetapi bila melihat dirinya gigih berlatih, ayah dan ibunya mula memberi dorongan dan sokongan kepadanya.
Kelincahan pemain dari Perancis, Lisa Zimouche memberi sumber inspirasi kepadanya bagi melihat corak permainan dalam sukan itu.
Ketika ditanya harapan terhadap sukan tersebut, beliau berkata biarpun Malaysia masih gagal layak ke kejohanan bola sepak berprestij itu, Malaysia masih boleh berbangga dengan memiliki seorang remaja perempuan yang mampu menggegar dunia menerusi bakatnya dalam menimbang bola.
"Golongan wanita yang berhijab khususnya kini mampu mempelajari apa sahaja sukan yang sering dimonopoli kaum lelaki dan sentiasa berani menyahut cabaran," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
Qhouirunnisa' Endang Wahyudi menunjukan kemahiran menimbang bola di Taman Tasik Bandar Botanik, Klang. --fotoBERNAMA
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.