Insiden gangguan kesihatan dan pencemaran Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang tidak menjejaskan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) yang kini memasuki 90 peratus persiapannya termasuk satu venue di kawasan Pasir Gudang.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata venue di Pasir Gudang akan melibatkan acara gimnastik, yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
Setakat ini Kerajaan Negeri mendapati tiada masalah bagi gimnastik diadakan di Pasir Gudang kerana ia sukan di dalam dewan dan bukannya di tempat terbuka.
"Kalau ada apa-apa masalah nanti... kita akan maklumkan tetapi setakat ini tiada perubahan venue untuk Sukma yang akan diadakan di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.
"Kita harapkan tiada apa-apa lagi perkara yang serius berlaku di sana (Pasir Gudang) dan venue yang lain agar Sukma ke-20 dapat berjalan seperti yang dirancangkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Belia Negara 2019 peringkat Johor, di Dataran Penggaram, di sini pada Sabtu.
Menurut Sheikh Umar, selain persiapan venue Sukma, pihaknya sedang giat mencari para sukarelawan Sukma, Para Sukma dan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma).
Beliau berkata, 3,000 sukarelawan diperlukan untuk ketiga-tiga kejohanan dwi tahunan berkenaan dan mulai Sabtu, para belia khususnya boleh mendaftar secara dalam talian di laman web sukarelawansukmajohor.my.
"Bagi sukarelawan ini, kita menyasarkan golongan belia berumur antara 15 dan 40 tahun terutamanya pelajar sekolah dan mahasiswa daripada mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri ini.
"Kita juga dalam masa sama, merancang mengadakan kursus khas untuk para sukarelawan berkenaan, di mana selewat-lewatnya kita akan adakan pada April tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Sheikh Umar berkata, 3,000 sukarelawan diperlukan untuk ketiga-tiga kejohanan dwi tahunan itu, iaitu Sukma, Para Sukma dan Sukan Orang Pekak Malaysia. - Foto Facebook
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Harapan Sharul Aimy buat penampilan sulung di sukan Olimpik Paris 2024 tipis
Sharul Aimy gagal naiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam.
Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.
Juara dunia Yulo halangan besar pemburuan emas Muhammad Sharul
Muhammad Sharul Aimy mempertaruh pengalaman dan prestasi untuk meraih kejayaan di Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh.
Parkour jadi disiplin gimnastik baharu di Asia Tenggara?
Adakah parkour akan menjadi satu daripada disiplin gimnastik baharu di Asia Tenggara dalam masa terdekat?
Joe Ee dedikasikan emas buat jurulatih
Juara disiplin bola dan riben Ng Joe Ee mendedikasikan dua pingat emasnya pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham kepada dua orang jurulatihnya yang berasal dari Rusia.
Sukan Komanwel: Joe Ee beri kejutan dua emas, kontinjen negara capai sasaran
Kejayaan Joe Ee itu bermakna kontinjen negara sudah menepati sasaran enam pingat emas yang ditetapkan bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.
Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.
Sukan SEA Hanoi: Rachel ceriakan kem gimnastik raih pingat emas
Rachel Yeoh Li Wen menampilkan aksi memukau untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam acara palang bertingkat (palang asimetrik) pada Sukan SEA ke-31.