Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berdepan laluan yang sukar dalam saingan Terbuka Denmark kerana Chen Long dan Lin Dan merupakan penghalang utama baginya.

Dua perlawanan pertama menentang Parupalli Kashyap dari India dan kemungkinan besar Wei Nan dari Hong Kong memberi Chong Wei semangat untuk melaungkan cabaran awal.

Seandainya Chong Wei melepasi cabaran tersebut, Chen Long dijangka menjadi pesaing seterusnya di suku akhir sebelum menyambung semula persaingan ketat bersama Lin Dan di separuh akhir.

Chong Wei kembali ke Denmark buat kali pertama sejak isu doping beliau mencetuskan kontroversi sekali gus penggantungan selama 8 bulan selepas perlawanan semi-final pada August 2014.

Pingat perak berpihak Chong Wei ketika itu namun dilucutkan sebaik sahaja isu tersebut timbul. Secara keseluruhan, bekas pemain No.1 itu meraih pingat emas di Denmark sebanyak tiga kali dalam kariernya.