Tugas rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak tanah air belum lagi berakhir.

Selain dituntut untuk memenuhi Stadium Bukit Jalil pada 11 Disember ini, sumbangan seluruh rakyat Malaysia sekali lagi diperlukan bagi membolehkan penjaring gol tercantik negara dalam perlawanan separuh akhir Syahmi Safari merangkul anugerah PUSKAS Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA.

Jaringan pemain pertahanan kanan negara itu antara yang dicalonkan Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.

Gol jaringan Syahmi itu dicalonkan bersama tiga pemain yang lain iaitu Patrick Reichelt (Filipina), Thitipan Puangchan (Thailand) dan Nguyen Quang Hai (Vietnam).

Ketika ini undian menunjukkan Syahmi mengungguli carta undian dengan memperolehi 71.69 peratus.

Orang ramai masih boleh meningkatkan paras undian Syahmi ini dengan klik pautan di sini.