Peserta triatlon Sepanyol, Javier Gomez menepati ramalan selaku pilihan utama apabila berjaya memecahkan rekod Ironman Langkawi, sekali gus dinobatkan juara kategori profesional lelaki pada penampilan sulung pada edisi 2019, di sini, pada Sabtu.
Atlet berusia 36 tahun itu, yang menjuarai Kejohanan Triatlon Jarak Jauh Dunia (ITU) 2019, berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km dengan masa lapan jam 18 minit 58 saat.
Catatan masa tersebut itu mengatasi rekod peserta Perancis, Roman Guillaume, 33, dengan 13 minit 96 saat yang dicipta pada edisi 2017.
Beliau menerima hadiah wang tunai US$5,000 (RM20,930) yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
"Ia sangat mencabar kerana cuaca sangat panas dan tiada hujan seperti yang diharapkan. Saya juga ketinggalan pada disiplin berbasikal tetapi dapat mengejar pesaing pada disiplin berlari dengan mengekalkan tempo larian.
"Selepas ini saya akan berehat dahulu sebelum meneruskan latihan sebagai persiapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pengalaman di Ironman Langkawi ini dapat membantu saya apabila di sana," kata Gomez kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.
Tempat kedua kategori itu dimenangi atlet dari Switzerland, Philipp Koutny, 36, dengan catatan masa 8:24:18s dan membawa pulang US$2,750 (RM11,511.50) peserta dari Brazil, Thiago Vinhal, 36, meraih tempat ketiga dari Brazil dengan masa 8:31:15s dan membawa pulang US$1,750 (RM7,325).
Sementara itu, bagi kategori profesional wanita, peserta Belanda, Tessa Kortekaas, 31,berjaya menjuarai kejohanan tersebut dengan catatan masa 9:43:19s.
"Ini merupakan tahun pertama saya sebagai atlet profesional dan saya sangat gembira kerana berjaya menamatkan kejohanan di tempat pertama. Saya berlatih keras untuk kejohanan ini dan usaha itu sangat berbaloi," katanya.
Tempat kedua dimenangi atlet Jepun, Naomi Washizu, 36, dengan masa 9:52:00s manakala atlet dari Republik Czech, Simona Krivankova, 36, di tempat ketiga dengan masa 9:59:27s.
Tiga pemenang wanita itu masing-masing menerima hadiah wang tunai mengikut jumlah sama diterima pemenang lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 26 2019
Javier Gomez dari Sepanyol muncul Juara Kategori Profesional Lelaki Ironman Langkawi 2019 pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Peserta Ironman dan pengasas Kiddocare, Mui Mahmud meninggal dunia
Pengasas bersama Kiddocare, Muhaini Mahmud, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.
Dua peserta Ironman Langkawi diberi bantuan kecemasan selepas alami masalah kesihatan
Ketika kejadian, peserta sedang melakukan disiplin renang di Pantai Kok.
'Kalau dah lenjan 15 jam Ironman, solat kat mana?' netizen tanya Alif Satar
Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.
Gomez cipta rekod baharu Ironman Langkawi
Peserta triatlon Sepanyol, Javier Gomez menepati ramalan selaku pilihan utama apabila berjaya memecahkan rekod Ironman Langkawi.
Croneborg, Riesler juarai Ironman Malaysia Langkawi 2016
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.