PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyelar Arsene Wenger, memberitahu pengendali Arsenal untuk memenangi lebih banyak perlawanan daripada mengambil kisah mengenai pasukan lain.

Wenger mengeluh apabila beberapa pasukan yang sudah tidak lagi bersaing bagi musim Liga Perdana Inggeris (EPL), berbanding Arsenal yang sedang berusaha untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik.

Pengendali kelahiran Perancis itu mengeluarkan kenyataan beliau mahu Liverpool gagal sebaliknya meraih kemenangan 4-0 ke atas West Ham.

Guardiola dan City bakal menerima kunjungan West Brom, tidak senang hati dengan Wenger.

"Saya tidak memahami pengurus-pengurus lain bercakap mengenai pasukan lain. Tanyalah kepada Wenger, bukan saya," kata Guardiola.

"Pemain-pemain telah ditugaskan untuk memberikan fokus pada pasukan mereka.

"Saya tidak pernah melihat satu pemain sepanjang hidup saya yang turun beraksi dan cuba untuk tidak memenangi perlawanan setelah mencapai sasaran.

"Jadi jika anda tidak mahu perkara ini berlaku, berusahalah lebih lagi untuk memenangi lebih banyak perlawanan.

Di belakang Chelsea dan Tottenham, Liverpool (73 mata, 37 perlawanan), City (72, 36) dan Arsenal (69, 36) dalam persaingan untuk memburu tempat ketiga dan keempat.

Guardiola berkata Wenger tidak perlu merungut, kerana bakal berdepan pasukan yang telah tersingkir Sunderland dan Everton, yang tidak boleh berganjak daripada kedudukan ketujuh pada dua perlawanan terakhir.

"Dia berdepan Everton dan Sunderland, bukan? Cabaran buat kedua-dua pasukan sudah berakhir, bukan? Satu sudah tersingkir dan satu lagi pasukan di dalam kedudukan beraksi di Liga Europa.

"Jadi jika anda tidak mahu mengeluh, berikan aksi yang lebih baik musim hadapan dan anda tidak akan menghadapi masalah ini."